Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

United pamer aksi bertenaga walau beraksi dengan 10 pemain

Posted by bolasepak on May 4, 2008

DUA jaringan Cristiano Ronaldo membawa Manchester United menghampiri kejuaraan bola sepak Liga Perdana England selepas menewaskan West Ham 4-1, malam tadi.

Satu-satunya insiden yang mencacatkan kegembiraan United adalah kad merah yang dilayangkan kepada pemain sayap mereka, Nani, yang sekali gus mengetepikan bintang Portugal itu daripada beraksi pada perlawanan akhir penutup musim menentang Wigan.

Nani dilayangkan kad merah pada minit ke-38 selepas menanduk dada ketua pasukan West Ham, Lucas Neill, memaksa United mengharungi separuh masa kedua dengan 10 pemain.

Kekurangan pemain bagaimanapun tidak menjejaskan tuan rumah untuk mencatat kemenangan, dan mereka kini hanya tinggal selangkah saja lagi untuk mempertahankan kejuaraan apabila bertemu Wigan dalam perlawanan terakhir liga, minggu depan.

Dengan mengumpul 84 mata, United mengatasi pencabar utama, Chelsea dengan kelebihan tiga mata. Chelsea boleh meneruskan tekanan jika menang ke atas Newcastle United, esok.

Semalam, Ronaldo menjaringkan gol yang ke-40 musim ini dengan membuka jaringan United pada minit ke-24, sebelum melebarkan kedudukan 2-0 pada minit ke-24.

Carlos Tevez melebarkan kedudukan 3-0 pada minit 26, namun West Ham berjaya merapatkan kedudukan 3-1 menerusi Dean. Ashton pada minit ke-28.

Walaupun dikejutkan dengan kad merah yang dilayangkan kepada Nani, 12 minit sebelum babak pertama berakhir, namun United masih mampu meneruskan penguasaan dan menambah gol keempat menerusi Michael Carrick pada minit 59.

One Response to “United pamer aksi bertenaga walau beraksi dengan 10 pemain”

  1. farihin said

    bagus mu kan power..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: