Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Trapattoni sahut cabaran baru di Ireland

Posted by bolasepak on May 4, 2008

PENGURUS baru Ireland, Giovanni Trapattoni, berazam untuk menjadikan kenyataan cabaran pasukan tersebut melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika 2010.

Pada hari pertama beliau menjalankan tugasnya secara rasmi, bekas jurulatih kebangsaan Itali dan Juventus, yang dipilih pada Februari lalu untuk mengambil alih tempat Steve Staunton, menyatakan kedudukannya sebagai “tugas yang sesuai untuk masa yang tepat”.

“Saya menanti dengan penuh minat mengenai cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2010,” katanya sambil menambah, “Ia memang sukar, tetapi kami memiliki pasukan yang cukup baik.”

Jurulatih berusia 69 tahun itu terpaksa melepaskan kontrak bersama kelab Salzburg dari Austria sebelum memutuskan untuk menerima tawaran dua tahun dan bakal menghadapi cabaran paling getir berdepan dengan Itali dan Bulgaria dalam pusingan kelayakan peringkat kumpulan.

“Jika saya tidak mempunyai keyakinan untuk menghadapi cabaran ini, saya tidak akan berada di sini,” katanya.

“Selepas mencatat satu kejayaan, saya sudah bersedia untuk menempuh satu lagi cabaran.”

Tugas pertama Trapattoni ialah menghadapi Serbia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Dublin pada 24 Mei ini.

Menurut jurulatih itu, beliau akan berusaha mendapatkan semula tenaga pemain yang telah memutuskan untuk bersara daripada peringkat antarabangsa, tetapi masih lagi terlibat dengan bola sepak pada tahap yang tinggi, untuk mengubah keputusan mereka.

“Dalam beberapa minggu akan datang, mereka perlu membuat keputusan sama ada ingin terlibat semula atau sebaliknya. Jika mereka enggan, maka mereka tidak perlu tampil.”

Ireland gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2008 pada Jun ini di Austria dan Switzerland, dan kali terakhir mereka muncul dalam kejohanan besar ialah dalam Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: