Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Tiket ke Eropah kuatkan azam Everton

Posted by bolasepak on May 4, 2008

BERBEKALKAN motivasi ingin membalas dendam, Everton akan cuba meraih tempat beraksi di Piala UEFA musim depan apabila berhadapan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Begitupun, impian itu tampak sukar dicapai berdasarkan pada rekod tanpa kalah Arsenal di gelanggang sendiri musim ini dan kali terakhir Everton meraih kemenangan di kelab yang berpangkalan di utara London itu adalah pada Januari 1996.

Namun, jika peluang beraksi di peringkat Eropah tidak cukup untuk dijadikan motivasi pemain, Moyes boleh mengingatkan anak buahnya mengenai kekecewaan mereka apabila tewas kepada skuad Gunners awal musim ini dan penilaian kasar Arsene Wenger terhadap Andy Johnson.

Everton mendahului menerusi jaringan Tim Cahill dan menguasai perlawanan bagi tempoh yang panjang ketika menentang Arsenal di Goodison Park, Disember lalu, sebelum tewas 1-4 yang disifatkan Moyes sebagai keputusan terlalu keras buat pasukannya.

“Arsenal mempamerkan persembahan amat baik musim ini tetapi kami akan cuba mendapatkan keputusan yang disasarkan,” kata Moyes.

“Kami bermain dengan baik ketika menentang mereka pada babak pertama musim ini di saat mereka beraksi cemerlang.”

Peluang untuk membalas dendam menambah keazaman Everton memburu kemenangan, terutamanya Johnson yang bersemangat mahu membuktikan sesuatu.

Dakwaan Wenger dua tahun lalu yang menyatakan Johnson memperbesar-besarkan kekasaran terhadapnya untuk memenangi penalti dan sepakan percuma masih terpahat di ingatan pemain antarabangsa England itu.

Johnson masih bertungkus-lumus mencari gol musim ini dan Moyes percaya prestasi pemain itu menurun sejak Wenger dan Jose Mourinho mengkritiknya.

Pengurus Everton itu mahukan penyerangnya itu supaya kembali lebih agresif apabila berada dalam kawasan penalti.

Ketika Everton memburu tempat beraksi di peringkat Eropah, Arsenal pula berkemungkinan terpaksa berpuas hati dengan menduduki tangga ketiga musim ini.

Jika berjaya memujuk Mathieu Flamini untuk kekal, ia satu bonus buat Wenger tapi pemain tengah Perancis itu mahukan kontrak baru.

Juventus dan AC Milan dilaporkan berminat mendapatkan Flamini yang boleh meninggalkan Arsenal menerusi perpindahan secara percuma, Jun depan, dan Wenger juga belum pasti sama ada pemain itu akan kekal di Emirates.

Flamini mungkin diturunkan selepas pulih daripada kecederaan buku lali, tetapi Robin van Persie direhatkan selepas mengalami kecederaan paha ketika menang 6-2 di Derby manakala Alexander Hleb menjalani penggantungan perlawanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: