Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Terry pertahan Avram Grant

Posted by bolasepak on May 4, 2008

TONGGAK pertahanan Chelsea, John Terry, percaya masa depan pengurus Avram Grant tidak seharusnya dipersoalkan lagi.

Bintang pertahanan England itu menyatakan demikian selepas kelab London itu mencatat sejarah melayakkan diri buat kali pertama ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Terry menegaskan beliau seperti ‘tidak percaya’ apabila kedudukan Grant masih dipersoalkan selepas Chelsea menewaskan Liverpool 3-2 dalam pertarungan sengit separuh akhir kedua di Stamford Bridge Rabu lalu.

Dua jaringan Didier Drogba dan gol penalti Frank Lampard memastikan Chelsea menang dengan agregat 4-3 bagi pertarungan final yang akan menemukan kelab itu dengan musuh senegara, Manchester United di Moscow pada 21 Mei ini.

Apabila ditanya sama ada Grant telah melakukan secukupnya untuk menjamin jawatannya sebagai pengurus Chelsea, Terry menjawab: “Saya fikir begitu.”

“Keputusan tidak perlu disangsikan,’ tambah kapten Chelsea itu. “Anda lihat kedudukan dalam Liga Perdana sejak pengurus pasukan itu mengambil alih dan ia begitu baik.

“Terpulang kepada kelab untuk membuat keputusan. Apa yang kami dapat buat ialah melakukan yang terbaik menurut arahan pengurus pasukan. Inilah yang dilakukan sehingga membawa kami ke final Liga Juara-Juara.

“Grant memainkan peranan besar bersama-sama para pemain, Steve Clarke, Henk Ten Cate, para peminat dan semua yang berada di kelab ini. Kredit buat kami di atas cara kami menangani keadaan tahun ini kerana ia bukan perkara mudah.

“Saya fikir beliau (Grant) wajar dan berhak dihormati. Inilah kali pertama dalam sejarah kelab kami ke final Liga Juara-Juara – ia belum pernah dilakukan pengurus dan pemain sebelum ini.

“Selepas kejayaan ini, adalah tidak masuk akal jika peranan pengurus masih dipersoalkan.

“Tetapi ia bukan semata-mata pengurus, ia turut melibatkan para pemain, Henk dan Clarke, yang memainkan peranan besar di belakang tabir. Mereka membuat para pemain sentiasa bermotivasi.

“Kami mempunyai skuad yang besar dan menjadi tugas mereka memberi semangat kepada pemain-pemain yang gagal mendapat tempat untuk bermain. Pujian harus diberikan kepada mereka.’

Selain final di Moscow, Chelsea dan United sedang bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana dengan masing-masing mempunyai baki dua perlawanan.

“Kami mempunyai peluang dalam Liga Perdana dan kami juga akan merentap dalam final Liga Juara-Juara,” tambah Terry yang menyifatkan pertemuan antara dua kelab England itu sebagai memberangsangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: