Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Misi berbeza Inter, AC Milan

Posted by bolasepak on May 4, 2008

BEK tengah kental Inter Milan, Marco Materazzi berkata, menjadi satu impian jika dapat melengkapkan kejuaraan Serie A hari ini, dalam perlawanan sejiran menentang AC Milan di San Siro.

Ia perlawanan yang dianggap salah satu pertemuan setempat paling penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini tatkala kedua-dua pasukan bergelut untuk melakarkan kemenangan bagi mencapai impian peribadi masing-masing.

Inter memerlukan tiga mata lagi daripada baki tiga perlawanannya untuk memastikan mereka menamatkan musim ini di tangga teratas.

AC perlu menang untuk menghidupkan harapannya melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tatkala kini mengekori Fiorentina di tempat keempat dengan kekurangan dua mata.

“Ia impian bagi semua orang untuk memenangi kejuaraan dalam perlawanan sejiran,” kata Materazzi. “Ia pasti menebus banyak kekecewaan tetapi kami tahu kami berdepan pasukan yang dalam keadaan terbaiknya dan jelas sekali menjadi pilihan memandangkan mereka bermain di gelanggang sendiri.

“Jika kami tidak boleh menang kejuaraan Ahad ini, kami masih mempunyai dua lagi percubaan.” Kekalahan pastinya satu bencana buat Milan ketika Fiorentina berkunjung ke Sardinia untuk berdepan Cagliari.

“(Jurulatih Milan Carlo) Ancelotti mungkin lebih bimbang mengenai kemungkinan terlepas tempat Liga Juara-Juara berbanding kami terlepas kejuaraan liga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: