Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Masa untuk Rijkaard ucap selamat tinggal

Posted by bolasepak on May 4, 2008

Beliau gagal bantu Barcelona raih sebarang trofi dua musim berturut-turut

FRANK Rijkaard kemungkinan besar akan meninggalkan Barcelona sebaik sahaja tamat Liga Sepanyol musim ini.

Kenyataan tersebut bukan dikeluarkan oleh kelab berkenaan, tetapi dibayangkan oleh seorang rakan yang rapat dengan jurulatih asal Belanda itu kelmarin.

Menurut Jil van Eyle, yang berkerja rapat dengan Rijkaard dalam usaha untuk mendapatkan tajaan bagi apa yang dipanggil sebagai ‘rakan pasukan’, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan penaja baru kerana masa bagi jurulatih Barcelona itu meninggalkan kelab tersebut sudah kian hampir.

“Saya bekerja dengan Frank Rijkaard dan beliau telah banyak memberikan saya tugas untuk mendapatkan ‘rakan sepasukan’, tetapi oleh kerana Rijkaard akan meninggalkan Barcelona FC dalam beberapa minggu lagi, tugas saya dengannya juga akan berakhir tidak lama lagi,” kata Van Eyle dalam blognya.

“Beliau (Rijkaard) menyatakan akan terus membantu saya dengan menggunakan nama dan imejnya. Bagaimanapun, secara logik, saya perlu mencari penaja baru demi masa depan saya pula,” tambahnya.

Rikjaard mula mengambil alih pengurusan Barcelona pada 2003 dan membantu kelab tersebut menjuarai mahkota liga dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006. Beliau juga membantu Barcelona menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2006.

Bagaimanapun, pasukan tersebut gagal memenangi sebarang mahkota kejuaraan pada dua tahun berikutnya, termasuk disingkir oleh Manchester United pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara beberapa hari lalu.

Media setempat berpendapat bahawa Rijkaard, yang masih mempunyai kontrak hingga 2009, akan mengundurkan diri pada hujung musim ini.

Pep Guardiola, bekas pemain Barcelona; dan Jose Mourinho, bekas pengurus Chelsea dari Liga Perdana England; telah dikaitkan dengan jawatan yang bakal dikosongkan oleh Rijkaard itu.

Bagaimanapun, setakat ini Barcelona belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai masa depan jurulatihnya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: