Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kuala Muda juara Liga Perdana 2007/08

Posted by bolasepak on May 4, 2008

KUALA Muda Naza (KM Naza) muncul juara Liga Perdana musim 2007/2008 setelah mengecewakan pesaing utamanya KL Plus 3-2 pada perlawanan terakhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan cuma dipisahkan satu mata dengan KM Naza mengumpul 58 mata manakala KL Plus mengutip 57 mata.

Begitupun kedua-dua pasukan akan dinaikkan pangkat beraksi dalam Liga Super musim depan manakala dua pasukan tercorot iaitu Kuala Lumpur dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turun ke Liga FAM.

Kemenangan KM Naza bagi menjulang Liga Perdana bagaimanapun tidak dapat disaksikan pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia akibat barah paru-paru ketika menerima rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.

Pada perlawanan malam tadi, KM Naza membuka jaringan pada minit ke-31 apabila Rudie Ramli mudah menolak masuk bola ketika penjaga gol lawan Amini Ahmad Tabrani sudah tertewas.

KL Plus yang memerlukan kemenangan pada perlawanan ini berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui rembatan kencang Mohd. Lot Abu Hassan daripada luar kotak penalti.

Bekas penyerang kebangsaan, Faderin Kadir menjaringkan gol kedua KM Naza pada minit ke-66 sebelum Liew Kit Kong menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-73.

KL Plus mengurangkan defisit apabila memperoleh jaringan menerusi tandukan pemain gantian Rusydee Shamsuddin pada minit ke-90.

Kemenangan ini membolehkan satu lagi piala dibawa pulang ke Kedah setelah skuad negeri menjuarai Liga Super bulan lepas.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PKNS Selangor menewaskan Kelantan 2-1.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh Adib Azudin pada minit ke-20 dan Fathurazi Rozi (minit ke-55) sementara gol saguhati Kelantan dijaringkan oleh Mohd Ramizul.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Felda United terikat tanpa jaringan dengan Johor Pasir Gudang.

Di Stadium Hang Tuah, jaringan Julius Abegar pada minit ke-17 membolehkan Melaka menumpaskan Kuala Lumpur 1-0.

Di Stadium Darulmakmur, Proton FC menumpaskan Shahzan Muda 1-0 hasil jaringan Charles Gaye Wright pada minit ke-42.

Di Stadium Likas, Sabah membelasah pasukan tercorot liga, ATM 5-0.

Andre Scotti menjadi wira tuan rumah selepas menjaringkan empat gol pada minit ke-21, 66, 70 dan 75 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Zainizam Marjan pada minit ke-78.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: