Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Zenit kejutkan Bayern untuk ke final Piala UEFA

Posted by bolasepak on May 3, 2008

PASUKAN yang kurang dikenali, Zenit St Petersburg, membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Bayern Munich 4-0 dalam aksi separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Uefa semalam.

Ironinya Zenit yang dipimpin Dick Advocaat akan menentang kelab bekas pimpinan Advocaat, Rangers pada perlawanan akhir Uefa yang dijadual pertengahan bulan ini.

Rangers, yang dipimpin Advocaat dari 1998-2002, seri 0-0 sehingga masa tambahan dengan Fiorentina sebelum menang 4-2 menerusi tendangan penalti selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan separuh akhir mereka.

Zenit akan turun dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Manchester, England, tanpa pemain yang menjadi inspirasi kemenangan agregat 5-1 ke atas juara Eropah empat kali, Bayern.

Penyerang Russia, Pavel Pogrebnyak, yang menjaringkan gol pertama dan terakhir Zenit dalam pertemuan kedua itu, dilayangkan kad kuning pada lewat perlawanan dan digantung satu perlawanan.

Ini bermakna beliau tidak dapat beraksi dalam final nanti.

Konstantin Zyrianov dan Viktor Fayzulin turut menjaringkan gol ke atas Bayern, yang merupakan juara Eropah tiga tahun berturut-turut pada pertengahan 1970-an dan menjulangnya buat kali keempat pada 2001 selepas menjuarai Piala Uefa pada 1996.

“Bayern adalah salah sebuah pasukan terbaik di Eropah, tetapi malam ini kami mengatasi mereka dari segi teknik dan taktik permainan,” Advocaat memberitahu para wartawan di Moscow yang dipetik Reuters.

“(Kami) lebih tajam di depan gawang dan pujian harus diberikan kepada Pogrebnyak.”

Zenit, yang melayakkan diri ke final pertandingan Eropah buat kali pertama, berharap dapat mengikut jejak pasukan senegara dari Russia, CSKA Moscow, yang memenangi Piala Uefa pada 2005.

“Sebarang pasukan yang menewaskan Bayern 4-0 wajar menjadi pilihan,’ kata jurulatih Bayern, Ottmar Hitzfeld.

Fiorentina tentu sekali kesal dengan peluang-peluang yang disia-siakan dalam perlawanan di tempat sendiri dan juga di Glasgow.

Kelab Itali itu mempunyai lebih seorang pemain pada 11 minit terakhir permainan masa tambahan apabila pemain gantian Rangers, Daniel Cousin, dibuang padang kerana kesalahan kad kuning kedua.

Semasa tendangan penalti keempat, penyerang Itali, Christian Vieri, merembat bola melewati palang selepas penjaga gawang Rangers, Neil Alexander, menyelamatkan tendangan Fabio Liverani.

Nacho Novo kemudian menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah.

“Kami harus menerima kekalahan ini dan kami seharusnya mencapai keputusan yang baik,” kata jurulatih Fiorentina, Cesare Prandelli sedikit kesal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: