Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Van der Sar seru rakan tumpu saingan EPL

Posted by bolasepak on May 3, 2008

PENJAGA gol, Edwin van der Sar mengingatkan rakan-rakan sepasukannya dalam pasukan Manchester United supaya kembali memberikan perhatian dalam perjuangan Liga Perdana Inggeris.

Para pegawai United kini sibuk membuat persiapan bagi menghadapi final Liga Juara-Juara Eropah di Moscow 21 Mei ini menyusuli kejayaan mereka ke atas kelab Sepanyol, Barcelona.

Van der Sar mengakui bahawa beliau masih dilambung kegembiraan selepas kemenangan berkenaan tetapi bintang veteran dari Belanda itu telah menggesa rakan-rakannya supaya kembali memberikan tumpuan kepada perjuangan Liga Perdana yang kini memasuki detik genting.

United kini mempunyai mata yang sama dengan Chelsea, seteru yang akan dihadapi dalam final Liga Juara-Juara – tetapi pasukan dari Old Trafford itu mempunyai kelebihan perbezaan gol yang lebih baik.

United akan mempunyai kelebihan tiga mata sekiranya mereka mengalahkan West Ham United hari ini dengan Chelsea hanya turun padang pada hari Isnin, menentang Newcastle United.

Van der Sar telah meminta rakan-rakannya supaya kembali memperlihatkan permainan yang profesional dalam pertandingan domestik selepas tewas 1-2 di tangan Chelsea Sabtu lalu.

“Selepas apa yang berlaku pada Sabtu lalu, banyak pasukan pastinya akan terjejas keyakinannya.

“Tetapi kekuatan United ialah kualiti dalam pasukan dan juga kekuatan mental bagi menghadapi apa jua cabaran.

“Ini terbukti dengan kejayaan kami ke final Liga Juara-Juara. Kini, adalah penting kami kembali memberikan tumpuan kepada perjuangan dalam Liga Perdana,” tambahnya.

One Response to “Van der Sar seru rakan tumpu saingan EPL”

  1. farihin said

    van der sar dahpower

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: