Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Paul Scholes ranapkan impian Barcelona

Posted by bolasepak on May 3, 2008

PAUL Scholes mengubati rasa terkilan yang terpendam selama sembilan tahun dengan menjadi wira Manchester United ke pertandingan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Moscow pada 21 Mei ini.

Bintang midfield ini meranapkan impian Barcelona dengan menjaringkan gol kemenangan United 1-0 dalam perlawanan kedua pusingan separuh akhir di Old Trafford awal pagi Rabu.

Jaringan cemerlang pada minit ke-14 itu memberikan juara England itu kemenangan agregat 1-0 selepas seri tanpa gol dalam pertemuan di Nou Camp minggu lalu.

Scholes tidak dapat bermain ketika United menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 1999 kerana digantung dan tonggak midfield berusia 33 tahun itu telah mendapat jaminan akan diturunkan dalam perlawanan akhir nanti.

Jadi dapat dibayangkan betapa gembiranya bekas pemain antarabangsa England itu kerana gol tunggalnya cukup untuk menempah tiket ke Moscow kelak.

Sedang ramai menjangkakan bintang United, Cristiano Ronaldo yang baru dinobat sebagai Pemain Terbaik England akan menyinar, sebaliknya Scholes yang bertindak cemerlang memanfaatkan kecuaian Xavi dengan merembat bola sesat dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gawang Barcelona, Victor Valdes.

Kecemerlangannya mengesahkan kebimbangan pemain gantian Barcelona, Eidur Gudjohnsen, apabila bekas penyerang Chelsea memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukannya bahawa Scholes, dan bukannya Ronaldo, yang harus diberi lebih perhatian.

Seperti perlawanan pertama, Barcelona lebih banyak menguasai bola dan melancarkan serangan tetapi gagal membolosi penjaga gawang United, Edwin van der Sar, meskipun beberapa gerakan Lionel Messi mengancam benteng United.

Turun tanpa Wayne Rooney dan Nemanja Vidic yang cedera, United memulakan permainan agak gugup, lebih-lebih lagi selepas Scholes mengasari Messi di pinggir kotak penalti pada serangan awal Barcelona.

Pasukan pelawat terus menekan dengan Messi begitu mengancam tetapi menceriakan para penyokongnya apabila Xavi menerkam Ronaldo bagi menghalang gerakan pemain lincah United itu tetapi bola memenuju ke laluan Scholes, yang tidak mensia-siakan peluang bagi memecahkan kebuntuan.

Ini memaksa Barcelona terus menyerang dengan Deco dan Samuel Eto’o cuba menyusup tetapi benteng United begitu berdisiplin.

Permainan separuh masa kedua lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai beberapa peluang tetapi kedudukan tidak berubah sehingga wisel penamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: