Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Posts Tagged ‘Perancis’

Piala Dunia: Perancis harungi play-off

Posted by bolasepak on October 12, 2009

ANDRE-Pierre Gignac menyumbat dua gol ketika Perancis membelasah Kepulauan Faroe 5-0 untuk meletakkan pasukan itu di tangga kedua dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia sekali gus meneruskan peluang ke Afrika Selatan tahun depan menerusi playoff.

Dalam pada itu, Serbia mengalahkan Romania 5-0 untuk menokok kepada 22 mata dan meraih tempat automatik dari Kumpulan 7, empat mata mengatasi Perancis.

Gignac yang menjaringkan gol kemenangan ketika Perancis menang 1-0 di Faroe Ogos lalu, meletakkan pasukannya 1-0 pada minit ke-34. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , | 1 Comment »

Itali, Jerman, Denmark layak ke Piala Dunia

Posted by bolasepak on October 12, 2009

JUARA bertahan, Itali muncul pasukan terbaru menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas mengikat Ireland 2-2 dalam aksi kelayakan Kumpulan 8 di Dublin, semalam.

Itali mengetuai kemaraan empat lagi pasukan Eropah ke Afrika Selatan tahun depan bersama Jerman, Denmark dan Serbia.

Ini menjadikan tujuh pasukan Eropah kini sudah melayakkan diri selepas England, Sepanyol dan Belanda mara lebih awal, sekali gus meninggalkan hanya dua tiket automatik menjadi perebutan. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

Kem Perancis diselubungi pergolakan

Posted by bolasepak on June 16, 2008

PERANCIS berlatih tanpa pertahanan William Gallas kelmarin, beberapa hari selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Belanda, menggugat peluang pasukan itu mara ke suku akhir.

Gallas tidak kelihatan apabila 22 pemain lain menjalani latihan ringan.

“Dia menjalani latihan di hotel bersendirian,” kata pegawai media pasukan, Yann Le Guillard. Ia tidak juga satu masalah besar ataupun masalah kecil.” Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Vieira perkuat skuad Perancis

Posted by bolasepak on June 15, 2008

HAJAT Perancis untuk mara ke suku akhir Euro 2008 semakin cerah selepas menerima khabar gembira mengenai penilaian kecergasan ke atas kapten mereka, Patrick Vieira yang menunjukkan peningkatan semalam.

Skuad Les Blues kehilangan khidmat perancang Inter Milan itu ketika seri tanpa jaringan dengan Romania dan kekalahan 1-4 kepada Belanda kelmarin.

Pemain yang beraksi dalam skuad Perancis yang menjulang trofi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 itu mengalami kecederaan paha kirinya sebelum kempen Eropah ini, namun dilaporkan bersedia untuk menggalas peranan Perancis dalam misi hidup dan mati menentang Itali. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , | Leave a Comment »

Perancis sukar percaya bakal tersingkir

Posted by bolasepak on June 15, 2008

PERANCIS sukar mempercayai bagaimana Belanda mampu memberikan kekalahan terbesar kepada mereka dalam tempoh sedekad.

Jaringan Dirk Kuyt, Wesley Sneijder, Robin van Persie dan Arjen Robben membantu Belanda membenam naib juara dunia itu 4-1, sekali gus mengiringi Portugal dan Croatia ke suku akhir.

Perancis kini perlu mengalahkan juara dunia, Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Zurich, Rabu ini sambil berdoa Romania gagal mengutip tiga mata dalam pertemuan dengan Belanda. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Itali serah nasib kepada Romania untuk layak

Posted by bolasepak on June 15, 2008

SELEPAS kalah 0-3 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Romania, Itali kini bukan saja perlu menewaskan Perancis dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Rabu ini, malah terpaksa bergantung kepada Romania untuk layak ke suku akhir.

Juara Piala Dunia itu mengakui, ini adalah situasi yang paling dibenci apabila menyerahkan nasib di tangan orang lain.

Sebelum Euro 2008 bermula, penyerang Itali, Luca Toni memberitahu rakan sepasukannya di Bayern Munich iaitu bek Perancis, Franck Ribery bahawa dia berharap Itali sudahpun melayakkan diri ke suku akhir apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan penutup Kumpulan C. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Belanda 4 Perancis 1

Posted by bolasepak on June 14, 2008

IMPIAN Perancis untuk merangkul kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semakin sukar apabila dibelasah Belanda 4-1 dalam saingan kumpulan C, awal pagi tadi.

Belanda yang masih segar dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Itali dalam perlawanan pertama sekali lagi mempamer aksi memukau dan disebut-sebut sebagai pilihan ramai untuk merangkul gelaran Euro 2008.

Belanda hanya memerlukan masa sepuluh minit untuk membolosi gawang Perancis menerusi penyerang Liverpool, Dirk Kuyt. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Perancis perlu bangkit segera

Posted by bolasepak on June 13, 2008

PERANCIS perlu bangkit daripada permulaan hambar untuk menghadapi perlawanan kedua menentang Belanda pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 di Berne awal pagi esok.

Ketika Belanda mengejutkan juara dunia, Itali dengan kemenangan 3-0, Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Romania pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Isnin lalu.

Naib juara Piala Dunia 2006 yang berkongsi taktikal dengan Itali itu iaitu bermain secara bertahan, perlu melakukan sesuatu untuk mengelak daripada mengalami kekalahan seterusnya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Van Basten enggan terlalu yakin

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JURULATIH Belanda, Marco van Basten berkata tempat ke suku akhir buat pasukannya pada Euro 2008 masih jauh walaupun selepas menewaskan juara dunia, Itali 3-0.

Belanda membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan pada Kejohanan Eropah berdepan Itali di Berne, Isnin lalu pada malam yang sama menyaksikan pesaing Kumpulan C Perancis dipaksa seri 0-0 oleh Romania di Zurich.

Tetapi bekas penyerang Belanda itu menjangkakan ada pertembungan sengit dengan finalis Piala Dunia 2006, Perancis di Berne, Switzerland, pagi esok dengan kemenangan akan memberikan skuadnya tempat ke kelompok lapan pasukan terbaik. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kelebihan memihak Belanda, Perancis dalam tekanan

Posted by bolasepak on June 13, 2008

KEADAAN seharusnya berlawanan ketika ini. Belanda sepatutnya berada dalam keadaan bahaya dan Perancis pula mengharapkan laluan layak ke suku akhir dengan baki satu perlawanan.

Sebaliknya kemenangan menakjubkan 3-0 Belanda ke atas Itali dan seri tanpa jaringan oleh Les Bleus menentang pasukan bukan pilihan, Romania tempoh hari sudah mengubah segala percaturan dalam saingan Kumpulan C.

Lebih buruk, tidak seperti sebelumnya, skuad Belanda yang lazim bergaduh, tetapi ia adalah Perancis yang terbabit dalam pergeseran menjelang salah satu perlawanan paling penting dalam tempoh dua tahun. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »