PASUKAN yang kurang dikenali, Zenit St Petersburg, membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Bayern Munich 4-0 dalam aksi separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Uefa semalam.
Ironinya Zenit yang dipimpin Dick Advocaat akan menentang kelab bekas pimpinan Advocaat, Rangers pada perlawanan akhir Uefa yang dijadual pertengahan bulan ini.
Rangers, yang dipimpin Advocaat dari 1998-2002, seri 0-0 sehingga masa tambahan dengan Fiorentina sebelum menang 4-2 menerusi tendangan penalti selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan separuh akhir mereka. Read the rest of this entry »