Mukadimah: Tulisan di bawah dipetik daripada komen yang dikirim oleh salah seorang pelawat blog ini. Oleh kerana komen yang dikirim terlalu panjang dan memuatkan pandangan salah seorang peminat bola sepak Kelantan berhubung ‘insiden memalukan’ pada aksi Final Piala Malaysia 2009 tempohari, ada baiknya komen itu dimuat di sini untuk tatapan semua. Terpulang kepada anda semua untuk membuat penilaian berhubung komentar di bawah. Terima kasih – admin:
BEK tengah Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 yang dimenangi skuad Hoben Jang Hoben menewaskan Kelantan 3-1, malam tadi.
Shukor yang terkejut dengan pemilihannya mendedidasikan kemenangan beliau kepada seluruh pemain dan pasukan Negeri Sembilan yang bermain cemerlang untuk merangkul Piala Malaysia tahun ini, sekali gus mengakhiri penantian 61 tahun pasukan itu untuk bergelar juara Piala Malaysia.
PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia 2009, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta ‘lautan merah’ apabila ribuan penyokong The Red Warriors hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain Kelantan sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.
NEGERI Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Ia adalah kejayaan sulung Negeri Sembilan selepas Piala HMS Malaya ditukar dengan nama Piala Malaysia.
Kejayaan merangkul Piala Malaysia 2009 lebih manis buat Negeri Sembilan apabila muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam saingan edisi kali ini dan hanya melepaskan tiga gol (termasuk satu pada final) sepanjang kejohanan berlangsung.
PERANG saraf menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia malam ini terus hangat dan memuncak dengan kedua-dua jurulatih, B Sathianathan dan Wan Jamak Wan Hassan saling menuding jari kepada lawan untuk mengelak daripada dilabel pasukan pilihan pada anak buah masing-masing.
Jauh di hati kecil mereka sebenarnya tersimpan keazaman tinggi untuk membaharui sejarah pasukan masing-masing; Kelantan mahu mengatasi pencapaian naib juara Piala Malaysia 1970 dan Negeri Sembilan cuba menambah Read the rest of this entry »
PADA aksi Final Piala Malaysia 2008, Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor 3-2 sekali gus mengekalkan kejuaraan ‘treble’ yang mereka menangi pada edisi 2007.
Pada aksi final tersebut hampir 60,000 peminat dan penyokong kedua-dua pasukan memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjelmakan kembali kehangatan bola sepak tanah air yang telah sekian lama sepi.
Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke–18 menerusi Frank Seator yang berpunca daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Read the rest of this entry »