Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Liga Malaysia’ Category

Peluang Terengganu ke final masih terbuka

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Terengganu FA“JANGAN bermain dalam keadaan tertekan.”

Demikian peringatan pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajudin kepada pemain Terengganu menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Menurut Sheikh Ahmad, mereka akan menerima padah sekiranya bermain dalam keadaan tertekan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , , , | 3 Comments »

Rasuah kembali membarah dalam bola sepak kita

Posted by bolasepak on May 5, 2008

KETIKA penyokong Inggeris berteriak gembira dan megah di ambang trofi Liga Juara-Juara Eropah akan diarah ke negara mereka, tidak kiralah sama ada Manchester United atau Chelsea selepas final nanti, bola sepak kita pula dikejutkan dengan gejala rasuah.

Bimbang dengan perkembangan itu, banyak pihak tampil dengan pelbagai pandangan bagi meredakan keadaan, tetapi wajarkah liga kita kembali ke taraf amatur selepas lebih 15 tahun berada dalam kancah profesional.

Mengapa kita tidak memikirkan bagaimana untuk meningkatkan mutu pengurusan pasukan atau kelab bola sepak, gaji dan bonus selain tahap kejurulatihan. Kerana itu saya menyokong pandangan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang bertegas tidak akan mengundurkan tahap bola sepak negara kembali ke status amatur. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Bola sepak negara dilanda ‘angin utara’

Posted by bolasepak on May 5, 2008

BOLA sepak negara bagaikan dilanda ‘angin utara’ apabila Kedah mendominasi dua liga utama musim ini.

Selepas skuad Hijau Kuning muncul juara Liga Super, giliran pasukan berstatus kelab, Kuala Muda Naza pula membuktikan keunggulan mereka dengan menjuarai Liga Perdana, kelmarin, selagi gus membayangkan amaran awal terhadap pasukan lain yang Kedah mungkin ‘memborong’ semua piala yang dipertandingkan.

Kemenangan 3-2 Kuala Muda Naza ke atas pencabar terdekat, Plus FC malam kelmarin mengesahkan negeri Jelapang Padi itu bagaikan mempunyai suatu rahsia yang belum mampu disaingi pasukan lain. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Naib juara Liga Super milik NS Naza

Posted by bolasepak on May 5, 2008

NEGERI SEMBILAN NAZA (NS Naza) mengesahkan tempat selaku naib juara Liga Super selepas menumpaskan Selangor 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan kemenangan itu, NS Naza mengumpul 48 mata diikuti Johor FC (46) dan Selangor (42). Manakala Kedah yang terlebih dahulu muncul juara Liga Super mengumpul 56 mata.

Dua pasukan tercorot, Pulau Pinang dan Sarawak akan turun beraksi dalam Liga Perdana musim depan ketika Kuala Muda Naza dan KL Plus dinaikkan pangkat untuk bersaing pada kempen Liga Super. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »

Kuala Muda juara Liga Perdana 2007/08

Posted by bolasepak on May 4, 2008

KUALA Muda Naza (KM Naza) muncul juara Liga Perdana musim 2007/2008 setelah mengecewakan pesaing utamanya KL Plus 3-2 pada perlawanan terakhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan cuma dipisahkan satu mata dengan KM Naza mengumpul 58 mata manakala KL Plus mengutip 57 mata. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Leave a Comment »