Posted by bolasepak on November 4, 2009
AC Milan, Real Madrid terikat 1-1
DUA kelab gergasi England, Chelsea dan Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk memempah tiket ke pusingan kalah mati pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Juara Perancis, Bordeaux juga turut mara ke fasa kalah mati 16 pasukan terbaik kejohanan musim ini selepas mencatat kemenangan mengejut ke atas kelab gergasi Jerman, Bayern Munich di gelanggang lawan, begitu juga juara Portugal, FC Porto turut mara hasil kemenangan tipis Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: AC Milan, Chelsea, Liga Juara, Manchester United, Real Madrid | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on November 3, 2009
SAINGAN Liga Juara-Juara Eropah kembali bersambung hari ini (awal pagi esok) dengan dua kelab gergasi Eropah, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi mencuri tumpuan selepas aksi dua minggu lalu di Santiago Bernabeu memihak kepada Milan.
Real Madrid perlu memulihkan prestasi mereka selepas beraksi hambar dan tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol, jika mahu menjinakkan AC Milan di San Siro, hari ini.
Kedua-dua pasukan sudah mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan tetapi Real akan beraksi tanpa pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo yang Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: AC Milan, Chelsea, Liga Juara, Manchester United, Real Madrid | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on October 1, 2009
JARINGAN pada minit ke-78 Michael Carrick menyelamatkan Manchester United daripada diaibkan juara kelab Jerman musim lalu, Wolfsburg selepas ketinggalan 1-0 pada minit awal separuh masa kedua, di gelanggang sendiri.
Wolfsburg yang mendahului hasil tandukan Dzeko berputih mata selepas pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs menyamakan kedudukan daripada tendangan percuma tiga minit selepas itu.
Juara Liga Inggeris dan naib juara Liga Juara-juara musim lalu itu yang terus mengasak ke gawang lawan berjaya mendahului perlawanan susulan jaringan menarik pemain tengahnya, Michael Carrick dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, pagi tadi. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: AC Milan, Chelsea, keputusan, Liga Juara, Manchester United | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on May 23, 2008
SIR Alex Ferguson akan merasai kejayaan manis pada Liga Juara-Juara Eropah mengatasi Chelsea yang meletakkan statusnya selaku jurulatih paling hebat dalam bola sepak benua.
Namun, pengendali berasal dari Glasgow itu tidak akan mengenang dengan terlalu lama kejayaan sepakan penalti dalam final awal pagi semalam yang memberikan pasukan dari Old Trafford itu trofi Eropah keempat sepanjang kariernya sebagai pengurus, 25 tahun selepas dia membimbing Aberdeen muncul juara Piala Juara-Juara mengatasi Real Madrid.
“Saya rasa bangga, saya amat berbangga,” akui Ferguson selepas berakhir pertembungan sengit di Moscow itu. “Tetapi saya rasa aset paling hebat yang saya miliki ialah saya tidak pernah terbawa-bawa dengan kejayaan seperti ini. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on May 23, 2008
Cristiano Ronaldo mengakui dia berasa amat bimbang selepas gagal menyempurnakan penalti pada final Liga Juara- Juara kelmarin dan mungkin menjadi detik hitam dalam hidupnya sebelum penjaga gol Edwin van der Sar memberikan Manchester United kemenangan dramatik ke atas Chelsea.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, saya sangka kami akan tewas apabila saya gagal (penalti),” kata Ronaldo yang sepakannya diselamatkan Petr Cech ketika memberitahu ITV selepas United menang 6-5 dalam penentuan penalti ekoran perlawanan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
“Saya menjangkakan ia hari terburuk dalam hidup saya, namun akhirnya kami menang walaupun saya gagal penalti. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on May 23, 2008
KELAB England, Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan kelab Eropah buat kali ketiga dalam sejarah 52 tahun kejohanan itu, semalam.
Kejayaan menewaskan Chelsea mengulangi pencapaian United yang pernah muncul juara kelab Eropah pada 1968 (Piala Eropah ketika itu) dan 1999.
Edwin van der Sar berjaya menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti ke-14 untuk membolehkan Manchester United menang 6-5 mengatasi Chelsea selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang pertama kali melibatkan hanya persaingan kelab England. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on May 3, 2008
DUA kali ia kecewa tetapi kali ketiga tuah menyebelahi Chelsea.
Bekas juara Liga Perdana Inggeris dua kali itu mencipta sejarah dengan melayakkan diri buat pertama kalinya ke final Liga Juara-Juara Eropah untuk menentang Manchester United di Moscow 21 Mei ini.
Kejayaan lebih manis kerana ia menewaskan Liverpool – pasukan yang menyingkirkannya dua kali di peringkat separuh akhir pada 2005 dan tahun lalu. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on May 3, 2008
PAUL Scholes mengubati rasa terkilan yang terpendam selama sembilan tahun dengan menjadi wira Manchester United ke pertandingan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Moscow pada 21 Mei ini.
Bintang midfield ini meranapkan impian Barcelona dengan menjaringkan gol kemenangan United 1-0 dalam perlawanan kedua pusingan separuh akhir di Old Trafford awal pagi Rabu.
Jaringan cemerlang pada minit ke-14 itu memberikan juara England itu kemenangan agregat 1-0 selepas seri tanpa gol dalam pertemuan di Nou Camp minggu lalu. Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Leave a Comment »