Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Liga Inggeris’ Category

Chelsea menang tipis ke atas United

Posted by bolasepak on November 9, 2009

Liga Perdana Inggeris 2009/10: Chelsea vs Manchester United, 8 Nov 2009CHELSEA mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas musuh ketatnya, Manchester United di Stamford Bridge awal pagi ini.

Gol kemenangan Chelsea diperoleh pada babak kedua menerusi ketua pasukan, John Terry yang menanduk masuk sepakan percuma Frank Lampard pada minit ke-76. Keputusan itu bermakna United kini ketinggalan lima mata di belakang Chelsea yang mengumpul 30 mata selepas 12 perlawanan liga.

United berkongsi 25 mata dengan Arsenal, namun kelebihan jaringan gol memihak skuad Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Keputusan Chelsea vs Manchester United

Posted by bolasepak on November 9, 2009

Chelsea vs Man United: John Terry & Frank LampardUpdate: Tiga mata dipungut dalam perlawanan ini mengukuhkan kedudukan Chelsea di persada liga dengan 30 mata, manakala kedudukan United kekal ditangga ketiga selepas dipintas Arsenal semalam. Kedua-duanya berkongsi 25 mata. Arsenal memiliki kelebihan jaringan berbanding United.

1.57 am: Perlawanan tamat. Chelsea menewaskan Manchester United 1-0.

m-90: Lima minit masa tambahan. Chelsea semakin yakin untuk memungut mata penuh. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , , | 1 Comment »

Piala Carling: Arsenal sekat Liverpool, Chelsea mara

Posted by bolasepak on October 29, 2009

Carling CupBARISAN pemain muda Arsenal mencipta keunggulan apabila menundukkan Liverpool 2-1 pada saingan Piala Liga Inggeris (Carling Cup), awal pagi tadi.

Sementara Chelsea dan Manchester City menang dengan lawan masing-masing untuk mara ke pusingan suku akhir.

Penyerang remaja Arsenal, Fran Merida memberikan gol pembukaan pada minit ke-19 untuk Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

Manchester United tumbang di Anfield

Posted by bolasepak on October 26, 2009

FERNANDO Torres dan David Ngog masing-masing menyumbat satu gol membantu Liverpool menewaskan musuh tradisi, Manchester United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam ini. (lihat video)

Ia sekali gus mengakhiri prestasi terburuk The Reds yang tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ini dan sekali gus meredakan tekanan buat pengurusnya, Rafael Benitez yang berdepan risiko kehilangan jawatan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , , | 2 Comments »

Keyakinan Chelsea melonjak rampas gelaran EPL

Posted by bolasepak on October 6, 2009

CARLO Ancelotti menjelaskan, peluang Chelsea untuk menjulang gelaran Liga Perdana England musim ini kini terletak di tangan anak-anak buahnya sendiri.

Kelmarin, Chelsea kembali merampas takhta pendahulu daripada cengkaman Manchester United setelah menang 2-0 ke atas Liverpool di Stamford Bridge.

Kini, Ancelotti percaya nasib anak-anak buahnya untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga bergantung kepada kemahuan setiap pemain kelab London itu. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , | Leave a Comment »

EPL: Liverpool rebah di kandang Chelsea

Posted by bolasepak on October 5, 2009

Chelsea 2 Liverpool 0

DIDIER Drogba bertukar watak selaku pencipta kedua-dua gol ketika Chelsea membenam Liverpool 2-0 di Stamford Bridge untuk kembali melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea menghimpun 21 mata selepas lapan perlawanan, memintas Manchester United yang kini ketinggalan dua mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Sunderland, kelmarin.

Kekalahan itu pula menyaksikan Liverpool kekal di tangga kelima selepas beraksi lapan perlawanan situasi amat bahaya ketika Manchester City turut memiliki jumlah mata sama, biarpun beraksi kurang dua perlawanan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , | Leave a Comment »

EPL: Arsenal belasah Blackburn

Posted by bolasepak on October 5, 2009

ARSENAL membelasah Blackburn Rovers 6-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris malam ini meskipun dua kali tertinggal sebelum menang selesa di Stadium Emirates.

Pasukan tuan rumah itu dikejutkan dengan gol awal Blackburn pada empat minit permainan bermula menerusi Steven Nzonzi sebelum pertahanan tengah Arsenal, Thomas Vermaelen menyamakan kedudukan.

Selepas itu, Blackburn mendahului semula menerusi gol David Dunn hasil serangan balas, tetapi dua minit kemudian penyerang Belanda, Robin van Persie sekali lagi menyamakan kedudukan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Putera Arab mahu miliki Liverpool

Posted by bolasepak on September 30, 2009

PEMILIK bersama Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett Jr mengesahkan mereka kini mencari pelabur luar.

Dalam satu kenyataan Hicks dan Gillett berkata: “Pemilik secara bersama mengarahkan Bank of America Merrill Lynch & Rothschild untuk menilai kemungkinan pelabur baru menyuntik modal ke dalam LFC. Bagaimanapun, proses ini masih awal dan belum ada sebarang persetujuan daripada mana-mana pihak.”

Kelmarin, firma pelaburan sukan, F6, yang dimiliki oleh Putera Arab, Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah Al-Saud dikatakan sudah memulakan proses penilaian terhadap akaun Liverpool dalam usaha membeli saham semua atau sebahagian pegangan pemilik bersama, George Gillett Jr. dalam kelab Liga Perdana England itu, menurut Pengarah F6, Barry Didato. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Leave a Comment »

EPL: Dua gol Tevez bantu City benam West Ham

Posted by bolasepak on September 30, 2009

CARLOS Tevez menjaringkan dua gol ketika Manchester City menewaskan bekas kelabnya, West Ham 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Penyerang Argentina itu meledakkan jaringan selepas lima minit perlawanan dan menanduk masuk sepakan percuma Craig Bellamy minit ke-61 untuk mengembalikan City ke atas landasan kemenangan selepas kekalahan kepada jirannya, Manchester United, awal bulan ini.

Gol Tevez adalah yang pertama dalam liga sejak menyertai sebagai sebahagian daripada pembelian besar-besaran City dan memberi kelab itu kemenangan kelima daripada enam perlawanan pembukaan – sekali gus permulaan terbaik kelab dalam satu musim sejak 1961. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Chelsea akan bangkit kembali – Ancelotti

Posted by bolasepak on September 28, 2009

CARLO Ancelotti berjanji Chelsea akan bangkit apabila menentang Apoel Nicosia bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini, selepas The Blues tewas mengejut 1-3 di Wigan, kelmarin.

Ia kekalahan sulung sejak Mac lalu dan yang pertama sejak bekas pengendali AC Milan itu mengambil alih tugas di Stamford Bridge musim ini.

“Kami tidak bermain dengan baik, ia satu aksi yang hambar. Saya tidak tahu kenapa kami gagal bermain dengan baik,” kata Ancelotti. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | Leave a Comment »