Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for the ‘Kelayakan Piala Dunia’ Category

Argentina layak ke Piala Dunia 2010

Posted by bolasepak on October 15, 2009

Uruguay vs Argentina - Kelayakan Piala Dunia 2010
ARGENTINA layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 apabila berjaya menundukkan Uruguay 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan awal pagi ini. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , , | 6 Comments »

AS, Mexico layak ke Piala Dunia 2010

Posted by bolasepak on October 12, 2009

MEXICO tidak menghadapi masalah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia berbanding Amerika Syarikat yang dipaksa berhempas pulas buat merebut tiket mereka ke Afrika Selatan dalam zon kelayakan CONCACAF, kelmarin, meninggalkan Costa Rica dan Honduras untuk berebut tempat ketiga automatik.

Mexico yang mendapat inspirasi pemain veteran berusia 36 tahun, Cuauhtemoc Blanco tampil membenam El Salvador 4-1 di depan lebih 100,000 peminat di Stadium Azteca.

Barisan AS yang ketinggalan 1-0 di Honduras, menjulang wira tanpa disangka, Conor Casey yang meledakkan dua gol ketika pasukan Bob Bradley bangkit untuk menang 3-2 di Honduras. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Piala Dunia: Perancis harungi play-off

Posted by bolasepak on October 12, 2009

ANDRE-Pierre Gignac menyumbat dua gol ketika Perancis membelasah Kepulauan Faroe 5-0 untuk meletakkan pasukan itu di tangga kedua dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia sekali gus meneruskan peluang ke Afrika Selatan tahun depan menerusi playoff.

Dalam pada itu, Serbia mengalahkan Romania 5-0 untuk menokok kepada 22 mata dan meraih tempat automatik dari Kumpulan 7, empat mata mengatasi Perancis.

Gignac yang menjaringkan gol kemenangan ketika Perancis menang 1-0 di Faroe Ogos lalu, meletakkan pasukannya 1-0 pada minit ke-34. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , | 1 Comment »

Chile layak ke Piala Dunia 2010

Posted by bolasepak on October 12, 2009

CHILE menempah tempat di Piala Dunia 2010, semalam setelah menewaskan Colombia 4-2, hasil percaturan berani yang dilakukan jurulatih pasukan, Marcelo Bielsa.

Ketinggalan 1-0, Bielsa bertindak membawa keluar perancang permainan, Matias Fernandez pada minit ke-32 dan selepas empat minit, Chile bangkit untuk mendahului permainan 2-1.

Chile yang kemunculan terakhir Piala Dunia 1998, mengumpul 30 mata daripada 17 perlawanan, terjamin sebagai empat pasukan teratas dalam Kumpulan Amerika Selatan dengan baki satu perlawanan sahaja. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Piala Dunia: Argentina nyaris tersingkir

Posted by bolasepak on October 12, 2009

MARTIN Palermo hadir menyelamatkan jurulatih, Diego Maradona dalam kedudukan yang penuh genting kelayakan Piala Dunia 2010 buat pasukan Argentina, semalam.

Palermo melakukan rembatan ketika perlawanan memasuki masa kecederaan bagi membolehkan Argentina mencatat kemenangan 2-1 ke atas Peru.

“Saya rasa kami sudah tersingkir dari Piala Dunia tetapi saya terlupa tentang Palermo,” kata Maradona kepada para wartawan. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Itali, Jerman, Denmark layak ke Piala Dunia

Posted by bolasepak on October 12, 2009

JUARA bertahan, Itali muncul pasukan terbaru menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas mengikat Ireland 2-2 dalam aksi kelayakan Kumpulan 8 di Dublin, semalam.

Itali mengetuai kemaraan empat lagi pasukan Eropah ke Afrika Selatan tahun depan bersama Jerman, Denmark dan Serbia.

Ini menjadikan tujuh pasukan Eropah kini sudah melayakkan diri selepas England, Sepanyol dan Belanda mara lebih awal, sekali gus meninggalkan hanya dua tiket automatik menjadi perebutan. Read the rest of this entry »

Posted in Kelayakan Piala Dunia | Tagged: , , , , , | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.