MALAYSIA menamatkan aksi kelayakan Piala Asia 2011 tanpa sebarang mata selepas tewas tipis 0-1 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir kumpulan C di Stadium Al-Shabab Dubai, awal pagi ini.
Kekalahan terbaru itu menyaksikan Malaysia tewas kesemua empat perlawanan kelayakan dengan menjaringkan dua gol dan bolos sebanyak 12 kali.
Dalam perlawanan pertama kelayakan menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 21 Januari tahun lalu, Malaysia tewas 0-5. Read the rest of this entry »
