Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Undian Suku Akhir, Separuh Akhir Liga Juara Eropah 2011

Posted by bolasepak on March 18, 2011

Keputusan Undian Suku Akhir & Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 yang berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi.

Undian menyaksikan juara bertahan yang juga wakil tunggal Itali, Inter Milan bakal berdepan Schalke 04 (Jerman) manakala juara sembilan kali, Real Madrid berdepan cabaran kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur.

Pertemuan paling menarik ialah dua kelab EPL yang juga finalis 2008, Manchester United menentang Chelsea.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Barcelona akan ditentang kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Keputusan penuh undian => KLIK

Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: , | Leave a Comment »

Jadual Piala Malaysia 2010

Posted by bolasepak on August 13, 2010

Piala Malaysia 2010 dijadualkan bermula pada 14 September 2010.

Lihat Jadual Piala Malaysia 2010

Lihat Carta Piala Malaysia 2010

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Kedah tumpas di Alor Setar, Kelantan baham Johor

Posted by bolasepak on January 13, 2010

KELANTAN bangkit dari keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu, Sabtu lepas apabila menang bergaya 3-0 ke atas Johor, manakala Kedah yang menang dengan lawan sama dengan keputusan serupa tunduk 0-1 di tangan Perlis dalam aksi Liga Super malam ini.

menyusul..

Posted in Liga Malaysia | 6 Comments »

Selangor juara Piala Sumbangsih 2010

Posted by bolasepak on January 9, 2010

SELANGOR menjuarai Piala Sumbangsih 2010 selepas menundukkan juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi pembuka tirai kempen Liga Super 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam ini.

Selangor yang muncul juara Piala FA dan Liga Super musim lalu bagaimana pun ketinggalan 0-1 pada babak pertama sebelum menambah dua gol di babak kedua untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi saingan Liga Super.

Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia, Piala Sumbangsih | Tagged: , , , , | 1 Comment »

Keputusan Liga Super 2010 Day #1

Posted by bolasepak on January 9, 2010

Update: Perlawanan Negeri Sembilan-Selangor tamat. Piala Sumbangsih kekal milik Selangor selepas menang 2-1 ke atas juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan.

Semua perlawanan kecuali Negeri Sembilan-Selangor telah pun tamat. keputusan penuh lihat di bawah.

Di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Kedah hampir pasti membawa pulang tiga mata penuh selepas mendahului Johor 3-0.

KL Plus berjaya menyamakan Read the rest of this entry »

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , | Leave a Comment »

Keputusan Terkini Liga Malaysia 2010 LIVE

Posted by bolasepak on January 9, 2010

Update 16 Jan 2010: Selangor mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut.

Terengganu menang paling bergaya malam ini apabila membelasah Pulau Pinang 4-0.

Kedah, Johor dan KL Plus tewas di halaman sendiri malam ini.

Kedah ketinggalan 0-1 di masa kecederaan.

Terengganu mendahului Pulau Pinang 3-0.

Hanya pasukan Terengganu, Selangor dan T-Team sahaja yang menjaringkan gol setakat ini.

Tidak banyak jaringan dilakukan dalam perlawanan  malam ini.

TUJUH perlawanan Liga Super berlangsung malam ini (Sabtu, 16 Jan).

16 Januari 2010 – Sabtu (keputusan separuh masa dlm kurungan)

Kuala Lumpur
KL Plus
Pahang
Terengganu
Johor
Perlis
Kedah
0 – 0 (0-0)
0 – 1 (0-0)
2 – 1 (0-1)
4 – 0 (0-0)
0 – 2 (0-0)
0 – 0 (0-0)
0 – 1 (0-0)
N.Sembilan
Selangor
T-Team
Pulau Pinang
Perak
Kelantan
Johor FC
Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos

Posted in Liga Malaysia | Tagged: , , , | 12 Comments »

Kelayakan Piala Asia 2011: UAE tewaskan Malaysia 1-0

Posted by bolasepak on January 7, 2010

MALAYSIA menamatkan aksi kelayakan Piala Asia 2011 tanpa sebarang mata selepas tewas tipis 0-1 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir kumpulan C di Stadium Al-Shabab Dubai, awal pagi ini.

Kekalahan terbaru itu menyaksikan Malaysia tewas kesemua empat perlawanan kelayakan dengan menjaringkan dua gol dan bolos sebanyak 12 kali.

Dalam perlawanan pertama kelayakan menentang UAE di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada 21 Januari tahun lalu, Malaysia tewas 0-5. Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Tagged: , , | 5 Comments »

Keputusan Kelayakan Piala Asia 2011 Malaysia vs UAE LIVE

Posted by bolasepak on January 6, 2010

1.00 am: Perlawanan tamat. Kealpaan saat akhir menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada UAE.

90+2′: Kubu Malaysia akhirnya bolos di minit-minit akhir masa tambahan. UAE mendahului Malaysia 1-0 menerusi jaringan Ahmed Khaleel.

Perlawanan antara Bahrain-Hong Kong tamat di mana Bahrain mengatasi Hong Kong 4-0 bagi aksi kumpulan A. Bahrain berada di tangga kedua di belakang Jepun, kedua-dua pasukan mengumpul 12 mata. Read the rest of this entry »

Posted in Antarabangsa | Tagged: , , , | 1 Comment »

Insiden keganasan penonton cemari aksi final di Stadium Darulaman

Posted by bolasepak on December 29, 2009

INSIDEN penonton merusuh di stadium selepas pasukan yang disokong tewas terus mencemari aksi bola sepak tempatan. Terbaru aksi final Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman malam tadi menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit akibat rusuhan segelintir penyokong, sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru selepas membenam Kedah 2-0.

Dua akhbar harian utama hari ini melaporkan dua versi berbeza mengenai insiden berkenaan. Laporan Utusan Malaysia menyebut perlawanan itu menyaksikan tiga pemain dibuang padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil, manakala laporan Berita Harian pula menyebut Read the rest of this entry »

Posted in Piala Emas Raja-Raja | Tagged: , , , | 4 Comments »

Chelsea nyaris cicir mata lagi

Posted by bolasepak on December 29, 2009

DIDIER Drogba menyelamatkan maruah Chelsea daripada kehilangan status pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila membantu pasukannya menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Walaupun pada babak pertama ketinggalan 0-1, jaringan penyamaan Drogba di babak kedua menyuntik semangat rakan sepasukan lain mencari gol kemenangan.

Hasilnya selepas mengasak hebat, pemain Fulham tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberi Chelsea kemenangan kedua dalam enam perlawanan terbaru mereka. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Tagged: , , , | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.