Keputusan Liga Super 2010 Day #1
Posted by bolasepak on January 9, 2010
Update: Perlawanan Negeri Sembilan-Selangor tamat. Piala Sumbangsih kekal milik Selangor selepas menang 2-1 ke atas juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan.
Semua perlawanan kecuali Negeri Sembilan-Selangor telah pun tamat. keputusan penuh lihat di bawah.
Di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Kedah hampir pasti membawa pulang tiga mata penuh selepas mendahului Johor 3-0.
KL Plus berjaya menyamakan kedudukan selepas empat minit babak kedua berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Berakhir separuh masa pertama. Perlawanan antara Terengganu-Kelantan dan Perlis-Johor FC terikat tanpa sebarang jaringan. Manakala Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan mendahului Selangor 1-0 di Paroi.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah mendahului T-Team 1-0 pada minit ke-41.
Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33. Pahang 1-1 Perak.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, tuan rumah, Negeri Sembilan mendahului Selangor 1-0 pada minit ke-28.
Di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Kedah mendahului tuan rumah, Johor 1-0 pada minit ke-33
Di Stadium Darul Makmur, tuan rumah, Pahang ketinggalan 0-1 kepada Perak pada minit ke-23.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pulau Pinang mengejutkan tuan rumah, KL Plus dengan gol pembukaan hanya dua minit perlawanan bermula.
TUJUH perlawanan Liga Super berlangsung malam ini. Perlawanan tumpuan sudah pastinya terarah kepada aksi Piala Sumbangsih antara Juara Liga Super, Selangor dengan Juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan.
9 Januari 2010 – Sabtu (keputusan separuh masa dlm kurungan)
| N.Sembilan Kuala Lumpur KL Plus Pahang Terengganu Johor Perlis |
1 – 2 (1-0) 1 – 1 (1-0) 3 – 1 (o-1) 2 – 1 (1-1) 0 – 0 (0-0) 0 – 3 (0-1) 0 – 1 (0-0) |
Selangor T-Team Pulau Pinang Perak Kelantan Kedah Johor FC |