Chelsea nyaris cicir mata lagi
Posted by bolasepak on December 29, 2009
DIDIER Drogba menyelamatkan maruah Chelsea daripada kehilangan status pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila membantu pasukannya menewaskan Fulham 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Walaupun pada babak pertama ketinggalan 0-1, jaringan penyamaan Drogba di babak kedua menyuntik semangat rakan sepasukan lain mencari gol kemenangan.
Hasilnya selepas mengasak hebat, pemain Fulham tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberi Chelsea kemenangan kedua dalam enam perlawanan terbaru mereka.
Dengan kemenangan itu, Chelsea kekal di puncak liga dengan 45 mata tetapi Manchester United yang akan menentang Wigan awal pagi Khamis nanti masih mengekori rapat di belakang dengan 40 mata.
Sementara itu, Luka Modric tampil bergaya sekembali pulih daripada patah kaki dengan menyumbang satu gol untuk membantu Tottenham Hotspurs menang 2-0 ke atas West Ham di tempat sendiri, semalam.
Biar pun terpaksa berehat beberapa bulan, ia tidak menghalang pemain antarabangsa Croatia itu menyumbat gol pada minit ke-11 pada perlawanan pertama.
Satu lagi gol Tottenham dijaringkan Jermain Defoe ketika permainan berbaki sembilan minit untuk ditamatkan.
Dengan kemenangan itu, Tottenham melonjak untuk menghuni tangga keempat liga memintas Aston Villa yang hanya turun beraksi menentang Liverpool awal pagi esok waktu Malaysia.
Di Stadium Britannia, Birmingham City melonjak ke tangga ketujuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Stoke City hasil jaringan Cameron Jerome.
Di Goodison Park, Everton menewaskan Burnley 2-0 hasil jaringan James Vaughan dan Steven Pienaar manakala Blackburn Rovers terikat 2-2 dengan Sunderland di Ewood Park.
farihin said
chelsea dah kalah wigan 3-1 menang tipis dengan mu bodohlah chelsea