keputusan Final Piala Emas Raja-Raja LIVE
Posted by bolasepak on December 28, 2009
Keputusan terkini: Perlawanan tamat. Perlis muncul juara menewaskan Kedah 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.
89′, perlawanan makin panas apabila seorang lagi pemain Perlis dilayangkan kad merah.
85′: Perlis terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas salah seorang pemainnya dilayang kad merah.
84′: kedudukan masih kekal 2-0.
Tamat separuh masa pertama. Kedudukan kekal Perlis mendahului Kedah 2-0.
Perlis menambah satu lagi gol pada minit ke-19 menjadikan kedudukan 2-0 memihak Singa Utara.
Perlis mendahului Kedah 1-0 pada minit ke-4.
MALAM ini berlangsung pertemuan antara Kedah dan Perlis di pentas final Piala Emas Raja-Raja bertempat di Stadium Darulaman Alor Setar.
Sebagai rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu di perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja iaitu pada tahun 1996 yang dimenangi Kedah 1-0. kali terakhir Perlis bergelar juara Piala Emas Raja-Raja ialah 16 tahun lampau iaitu pada 1993 selepas mengalahkan Pulau Pinang 1-0 pada aksi final.
Sejak edisi 1996, Perlis tidak pernah mara ke perlawanan akhir kejohanan ini. Manakala Kedah pula kali terakhir mara ke final dan bergelar juara ialah pada edisi 2005 dengan menewaskan Kelantan 1-0.
Laporan penuh perlawanan:
Perlis Juara Piala Emas Raja-Raja 2009
Perlis Akhiri Kemarau 13 Tahun Muncul Juara
marlon said
tahniah KEDAH kerana berjaya di tewaskan oleh PERLIS….main mcam musibat………
Ahmad Yusof said
mcm mna sy nak serapkan pmain nie dalam liga utama kami………perlis pun kalah…
Olumbuni Adigun said
Boleh dah hantar team Perlis p lawan Manchester City..depa main macam Barcelona
akuu123 said
MAN CITY 2 BKN LAWAN SEBENAR LAWAN SEBENAR PERLIS IALAH PORSMOUTH KLAB PALING BERJAYA DAN TAHNIH KAT PORSMOUTH SBB BANYAK KALAH