Chelsea sekadar seri 1-1 dengan West Ham
Posted by bolasepak on December 21, 2009
JARINGAN penalti Frank Lampard menyelamatkan Chelsea yang nyaris mengalami kekalahan di Upton Park, selepas ketinggalan kepada West Ham sebelum bangkit seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Pengadil perlawanan, Mike Dean, menjadi tumpuan apabila dia mengarahkan Lampard mengambil penalti dua kali sebelum kapten The Blues itu menafikan gol pendahuluan West Ham yang dijaringkan Alessandro Diamanti juga menerusi sepakan penalti.
Bagaimanapun, keputusan seri berkenaan melebarkan jurang dengan pesaing utama, Manchester United kepada empat mata selepas juara bertahan itu tewas kepada Fulham pada perlawanan kelmarin.
Sementara itu, rentetan lima kemenangan Birmingham berakhir, malam tadi apabila seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park dengan Diniyar Bilyaletdinov meletakkan pasukan Merseyside di depan pada minit kelima sebelum Sebastian Larsson menyamakan kedudukan.
Keputusan ini menyaksikan Everton mendaki ke tangga ke-15 dengan 18 mata, tercicir satu mata daripada Burnley yang tewas kepada Wolverhampton Wanderers 2-0.
Selepas dikecam hebat kerana menurunkan barisan lemah pada pertengahan minggu sewaktu tewas 3-0 kepada Manchester United, Wolverhampton kembali menemui taring untuk membenam Burnley.
Pengurus Wolves, Mick McCarthy melakukan sembilan pertukaran terhadap kesebelasan kontroversi sebelum ini yang tewas 3-0 di Old Trafford Selasa lalu dan dihadiahkan dengan gol pada setiap babak hasil jaringan Nenad Milijas dan Kevin Doyle.
Keputusan Liga Perdana Inggeris:
| Portsmouth Aston Villa Blackburn Fulham Manchester City Arsenal Wolverhampton Everton West Ham |
2 – 0 1 – 0 0 – 2 3 – 0 4 – 3 3 – 0 2 – 0 1 – 1 1 – 1 |
Liverpool Stoke City Tottenham Manchester United Sunderland Hull City Burnley Birmingham Chelsea |
farihin said
chelsea bodoh dengan pasukan mudah pul seri…….