Keputusan Chelsea vs Manchester United
Posted by bolasepak on November 9, 2009
Update: Tiga mata dipungut dalam perlawanan ini mengukuhkan kedudukan Chelsea di persada liga dengan 30 mata, manakala kedudukan United kekal ditangga ketiga selepas dipintas Arsenal semalam. Kedua-duanya berkongsi 25 mata. Arsenal memiliki kelebihan jaringan berbanding United.
1.57 am: Perlawanan tamat. Chelsea menewaskan Manchester United 1-0.
m-90: Lima minit masa tambahan. Chelsea semakin yakin untuk memungut mata penuh.
m-85: Pertukaran kem Man United. Gabriel Obertan masuk menggantikan Ryan Giggs dan Michael Owen menggantikan Anderson.
m-83: Pertukaran kedua kem Chelsea. Salomon Kalou masuk menggantikan Didier Drogba.
m-82: Ricardo Carvalho (Chelsea) dan Jonathan Evans (Man United) masing-masing menerima kad kuning.
m-76: GOL!!! John Terry menjaringkan gol pertama perlawanan.
m-74: Didier Drogba dilayang kad kuning.
Pertukaran pertama kem Chelsea. Joe Cole masuk menggantikan Deco pada minit ke-63.
Pengadil melayang kad kuning pertama ke atas Branislav Ivanovic selepas mengasari Ryan Giggs pada minit ke-58.
Update: Kedudukan separuh masa pertama masih kekal terikat tanpa jaringan.
Tiada sebarang kad amaran dilayangkan pada babak pertama. Chelsea menguasai 51 peratus penguasaan bola berbanding Manchester United 49 peratus.
Chelsea melakukan tiga percubaan tepat ke arah gawang United berbanding satu skuad red Devils.
CHELSEA dan Manchester United akan berentap hari ini dalam salah satu perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris di mana The Blues mempunyai sedikit kelebihan apabila menjadi tuan rumah kepada skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu.
Keputusan Penuh: Chelsea 1-0 (0-0) Manchester United
Barisan Pemain:
Chelsea: Petr Cech, John Terry, Ricardo Carvalho, Ashley Cole. Branislav Ivanovic, Michael Essien, Michael Ballack, Frank Lampard, Deco, Nicolas Anelka, Didier Drogba.
Manchester United: Edwin van der Sar, Jonathan Evans, Wes Brown, Patrice Evra, John O’Shea, Michael Carrick, Anderson, Darren Fletcher, Ryan Giggs, Wayne Rooney, Antonio Valencia.
Keputusan perlawanan lain:
zam5245 said
badan muka mu kalah i-o.