Shukor Adan dipilih Pemain Terbaik Final 2009
Posted by bolasepak on November 8, 2009
BEK tengah Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 yang dimenangi skuad Hoben Jang Hoben menewaskan Kelantan 3-1, malam tadi.
Shukor yang terkejut dengan pemilihannya mendedidasikan kemenangan beliau kepada seluruh pemain dan pasukan Negeri Sembilan yang bermain cemerlang untuk merangkul Piala Malaysia tahun ini, sekali gus mengakhiri penantian 61 tahun pasukan itu untuk bergelar juara Piala Malaysia.
“SAYA ingatkan dah tua-tua macam ini, tak laku lagi untuk terima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Anugerah pemain terbaik ini adalah untuk seluruh pemain dalam pasukan Negeri Sembilan.”
Shukor Adan mengakui betapa pada usia 30 tahun, pengiktirafan itu amat bermakna buatnya, tambahan pula memenanginya hasil daripada keberanian menyahut cabaran jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang mengubah posisinya ke tengah-tengah benteng pertahanan.
“Jurulatih jumpa saya selepas perlawanan terakhir Liga Super dan tanya apakah saya sanggup bermain di pertahanan. Saya kata akan cuba dan jika tak menjadi, dia boleh tukarkan saya. Kalau ok, kekalkan saya.
“Alhamdulillah, semuanya berhasil. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua dalam pasukan. Saya gembira dapat memenuhi matlamat membantu Negeri Sembilan menang sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” katanya.
Shukor juga mengakui betapa peralihan posisi itu sesuatu yang agak besar buatnya – yang memulakan kerjaya selaku penyerang sebelum beralih ke posisi selaku perencana gerak di tengah dan kini cemerlang di posisi baru selaku benteng harapan.
“Saya berterima kasih kepada pengurusan Negeri Sembilan yang memberi peluang ini kepada saya,” katanya yang digugurkan daripada skuad Selangor, penghujung musim lalu.
Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan « Bola Sepak said
[...] Shukor Adan dipilih Pemain Terbaik Final 2009 [...]
sarah said
hero ku
Pak ya said
The best captain in malaysia…