Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009
Posted by bolasepak on November 7, 2009
NEGERI Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Ia adalah kejayaan sulung Negeri Sembilan selepas Piala HMS Malaya ditukar dengan nama Piala Malaysia.
Kejayaan merangkul Piala Malaysia 2009 lebih manis buat Negeri Sembilan apabila muncul satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam saingan edisi kali ini dan hanya melepaskan tiga gol (termasuk satu pada final) sepanjang kejohanan berlangsung.
Skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan hanya memerlukan masa 18 minit untuk mendahului Kelantan menerusi jaringan Shahurain Abu Samah sebelum Hairuddin Omar menambah gol kedua skuad Rusa pada minit ke-46. Gol ketiga pula hadir pada minit ke-60 menerusi tendangan penalti Zaquan Adha Abdul Razak.
Gol saguhati Kelantan dijaringkan Ketua Pasukannya, Indra Putra Mahayuddin pada minit-minit akhir perlawanan. Bagaimanapun Kelantan tidak pulang dengan tangan kosong apabila Indra Putra muncul penjaring terbanyak saingan Piala Malaysia 2009 dengan 11 gol, satu gol mengatasi penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak yang turut menjaringkan satu gol pada malam ini.
Dalam aksi final tersebut, Shahurain berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan, Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.
Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang mendapat sokongan padu tiga suku stadium penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.
Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.
Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
Pada minit ke-60, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.
Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.
orang kampung said
kelantan memang xbest lgsung..men entah pe2..da la penyokong cm sial..
orang kampung said
penyokong kelantan patut menang penyokong tak bertamadun..ade ke patut kerusi dibakar..npe penyokong negeri lain tak jadi cm itu pun????kalah 2 biasa la..
john said
kn den da koba da….
kono hobin terus sonyap…..
nsb bek dpt gol kesian…
kalo 3-0 tentu blk melopong….
hafizn9 said
lum bis games ramai ore pkai bju meroh dah kelik…
x do smangat ke sukenen langsung…
ke semua p make sate kijeng
Azlan said
boto boto…
den ramai mmbr2 dak kltn..
sebolum game…berdomtam dontum..
abih game mlm td den jumpa diorg..
diorg ckp kltn monang sorak…
den sonyum sinis yo kek dorg
Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan « Bola Sepak said
[...] Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009 [...]
org kemamang said
tahniahhhh laaaaaa negeri 9 …ambe dah jangka no 2009 milik n9……. kenduri makang jemputt ambee skali…….
org kemamang said
tahniah juge anggota bomba yg `berjaya` memadamkan api….walaupung kene baling objek oleh pyokong2 yg tak reti disiplin tgk bola…..sedehhh….tharu….kecewa
ubahlaaa…..
taubatlaa….
kiko said
gomo klate gomo..klate yg kono gomo haha..,jgn mimpi la nk monang,tu pon nsib baek n9 bg 1 gol law x bwk blik tolo ayam jela hehe..,penyokong pulak x abis2 nk buat rusuhan,trimo jola hakikat yg kelantan tu x bagus..poyo jew lobih dtg ramai2..habuk pon xdo!!!
sEri said
Tahniah buat skuad N9…..
buat pemain kelantan cuba lagi tahun dopan k….
buat penyokong kelantan yg tak bertamdun tu byk2 lah bersbr… balik t g makn budu yoooo.
Lerock said
Tahniah kepada skuad Nogori. Memang layak dinobatkan juara Piala Malaysia dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan pada perlawanan malam tadi.
Kepada pasukan Kelantan, tahniah juga kerana berjaya masuk ke final serta menjadi pasukan faveret perlawanan. Namun, adat perlawanan, ada menang dan ada kalah. Kalah hari ini, tidak bermakna kalah selamanya. Cuba lagi untuk musim-musim seterusnya.
Penyokong fanatik tu perkara biasalah, lebih-lebih lagi bagi pasukan yang jarang ke final. Nanti bila dah selalu masuk final, penyokong pun dah tak fanatik lagilah.
zam5245 said
2 le kelate belum menang lag dah lagok. kan dah kalah padan mokA.HIHI…HAHA..
zam5245 said
MARRI ORE N9 BOOOOOOO…………. QLATE………..
Lerock said
Yang menang, tak usah berbangga diri kalau nak teruskan kemenangan di masa-masa akan datang. Yang kalah, jangan berputus asa jika ingin berjaya di masa-masa akan datang.
Life is simple. Don’t make it messy.
nak sampuk said
stuju ngn lerock
hidup ini macam roda
kadang2 di atas, kadang2 di bwh
kdg2 menang, kdg2 kalah
yg penting jgn pernah putus asa dong..
=)
john said
xdo plak qlate dok coment…
sblm game ari tu dorg yg plg sibuk komen…
skang ni dok sibuk rate org nye komen…
malu la 2…
2 la da ckp mkn budu jd buduh….cepat la qlate oi comen…
xkn dok rate orgnye komen je…….
angahlie said
memang x adil merah lobih byk dri kuning tp tuhan maha adil ramai x semestinyo monang banggo den jd bdak n9
FAM said
apa2pun KAFA tetap kna byr RM214,000.00 kpd FAM sbb dah wat krosakan besar kat stadium hrtu.ada ke nak salah kan FAM.cuba korang baca petikan dr website klab penyokong diorang ni:
AMPANG, November 09, 2009 – Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut……. (… klik di sini untuk sambungan)
mail tote said
sek mung main dgn bantuan pgdl leh la bengong
bobo said
dah x de rezki cam ne
korang x leh kutok trs pnyokong klantan
bkn sume pon yg x disiplin
korang yag lebh 2kutok
lagi x berdisplin
bobo said
x pe la
nanti kemunculan tm liga malaysia 2010 plak
mari kita liht sapa yg kena
budok klate said
we ngutok 2 bia la beralah ckit
jagn kurang aja bnyikne
Pak Ya said
Tahniah pasukan negeri sembilan…
pasukan yang telah mengucup liga super,piala fa dan piala malaysia di era tahun 2000..
pembikinan pemain muda anak jati n9 dan program pembangunan bakat baru amat manis apabila menyusul dengan kejayaan…
kejayaan yang juga telah dilakukan oleh pasukan kedah yang amat manis mengecapi kejayaan double treble diiringi pemain2 muda dan anak jati negeri tersebut…
satu kejayaan yang amat bermakna apabila majoriti pemain adalah anak negeri sendiri..
perpindahan pemain yang amat rancak sekarang nyata menyerlahkan pasukan naib juara dua piala kelantan..
keghairahan mengejar kejuaraan dengan menyambar pemain bukan anak kelantan nyata amat mendukacitakan bagi bakat2 baru kelantan…
majoriti posisi akan dikuasai oleh pemain bukan anak kelantan dengan gaji yang pasti akan membuatkan bakat2 muda anak kelantan hanya menggigit jari di luar padang bersorak sedangkan habuan lumayan dari Kafa dinikmati oleh mereka yang rata rata dari utara dan ibu kota…
tahniah untuk kafa dan takziah untuk pemain2 muda berbakat kelantan yang mempunyai peluang agak sempit untuk naik dan maju dalam kancah sebenar apabila peluang yang lumayan ini dibolot oleh anak jati utara dan ibukota..
sekian.