Keputusan Final Piala Malaysia 2009
Posted by bolasepak on November 7, 2009
Update, 10.52 pm: Perlawanan tamat dan Negeri Sembilan muncul Juara Piala Malaysia 2009 menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final, 7 November 2009.
Update: Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 menerusi jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-18.
Berakhir babak pertama Negeri Sembilan kekal mendahului Kelantan 1-0.
Hanya seminit babak kedua bermula Hairuddin Omar menambah derita Kelantan apabila berjaya menanduk masuk bola lintang ke dalam kotak penalti untuk mengukuhkan kedudukan 2-0 buat Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan semakin selesa di depan apabila mendahului Kelantan 3-0 menerusi sepakan penalti Mohd Zaquan Adzha pada minit ke-60.
Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ketiga masa kecederaan menjadikan kedudukan 3-1 buat Negeri Sembilan.
KELANTAN dan Negeri Sembilan berentap pada aksi Final Piala Malaysia malam ini.
Berikut keputusan penuh perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 7 November 2009 (Sabtu).
Keputusan Penuh: Kelantan 1-3 (0-1) Negeri Sembilan
Jaringan Kelantan: Indra Putra Mahahuddin (m-90+3).
Jaringan N.Sembilan: Shahurain Abu Samah (m-18), Hairudin Omar (m-46), Mohd Zaquan Adha (p-60).
Barisan Pemain:
Kelantan: Mohd Halim Napi (Penjaga Gol), Mohd Nazrul Irwan Makmor, Khairan Eroza Razali, Mohd Farisham Ismail (Sharudy Aziz), Mohd Nizad Ayub (Che Hisamudin Hassan), Norshisham Hasan (Mohd Khalid Jamlus), Mohd. Nor Farham Muhd, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohd. Rizal Fahmi Abdul Rosid, Indra Putra Mahayuddin (Kapten) dan Mohd Zamri Ramli.
Negeri Sembilan: Mohd Farizal Harun (Penjaga Gol), S Kunalan, Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Shahurain Abu Samad, Mohd Shukor Adan, Ching Hong Aik, Idris Abdul Karim, Rezal Zambery Yahya (Kapten), Hairuddin Omar dan Mohd Alif Samsudin.