Kelantan cuti peristiwa 8 November (Ahad)
Posted by bolasepak on November 4, 2009
KOTA BHARU: Mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bersidang hari ini mengistiharkan cuti peristiwa negeri Kelantan pada hari Ahad, 8 November ini sebagai meraikan kejayaan pasukan bola sepak negeri itu layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.
Perkara berkenaan diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco tengah hari tadi.
Menurutnya, cuti berkenaan diberikan sebagai mengambil kira faktor keselamatan di jalan raya sama ada kepada pemain, penonton atau kepada semua yang terlibat (menyaksikan perlawanan itu nanti).

Jelasnya, semoga dengan cuti peristiwa yang diputuskan itu penyokong The Red Warriors akan dapat mengikuti perlawanan akhir nanti dengan baik atau sewaktu pulang ke rumah masing-masing tanpa bimbang untuk kembali ke tempat kerja keesokan hari.
Pada masa yang sama beliau menasihati penyokong bola sepak Kelantan supaya berdisiplin serta mengikuti perlawanan akhir bola sepak itu dengan penuh semangat kesukanan.
Jelasnya, kerajaan negeri serta rakyat Kelantan keseluruhannya mengharapkan pasukan bola sepak negeri berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada aksi final nanti.
“Apa yang penting kita jangan terlalu ghairah, pergi dengan keadaan yang tenang disamping membawa semangat kesukanan begitu juga sewaktu pulang ke kampung halaman keesokan harinya,” ujarnya.
Terdahulu beliau memberitahu kerajaan negeri turut merakamkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang telah berjaya membawa skuad merah putih itu ke pertandingan akhir pada 7 November ini.
Wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, Anggota Parlimen dijangka akan hadir menyaksikan perlawanan itu.
kelantanFC said
kalu gitu gak takdok sebab ore kelate tak tengok game final nanti.. hok mano dok rumah pun buleh ngadap tv nge keluarga..esok2 nye tak payah bimbang nak gi kijo doh sebab kerajaan bagi cuti….
KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM said
Terima kasih banyak kepada kerajaan negeri Kelantan kerana memberi cuti peristiwa dan semua pemain pasukan Red Warrior (Tahniah) berjaya ke final. Gomo Kelate Gomo. Semoga Allah memberi keberkatan dan kemenangan kepada pasukan Kelantan
fanatik qlate said
timo kasih kepada kerajaan ngeri kelate nga tok guru kita.semoga kita dimakbulkan doa oleh allah tuk juara piala malaysia thn ni.takbir3
pokmak red warriors said
nih saye ko kerajae negeri nga tok guru nih..pehe jiwo rakyat..
xsobar doh nih nk g stadium..
fanatik qlate said
kawe suko kelate.
al humaidy said
ni baru betul, baru sebenar rakyat didahulukan, saya saye tok guru sokmo-sokmo, go more qlate go more!!!!!!!!
Final Piala Malaysia 2009: Kelantan vs N.Sembilan « Bola Sepak said
[...] Kelantan cuti peristiwa 8 November (Ahad) [...]