Posted by bolasepak on November 3, 2009
SAINGAN Liga Juara-Juara Eropah kembali bersambung hari ini (awal pagi esok) dengan dua kelab gergasi Eropah, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi mencuri tumpuan selepas aksi dua minggu lalu di Santiago Bernabeu memihak kepada Milan.
Real Madrid perlu memulihkan prestasi mereka selepas beraksi hambar dan tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol, jika mahu menjinakkan AC Milan di San Siro, hari ini.
Kedua-dua pasukan sudah mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan tetapi Real akan beraksi tanpa pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo yang Read the rest of this entry »
Posted in Liga Juara Eropah | Tagged: AC Milan, Chelsea, Liga Juara, Manchester United, Real Madrid | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on November 3, 2009
FINALIS Piala Malaysia 2009 tidak layak dan tidak dibenarkan beraksi pada Liga Super tahun depan (2010)?
Jika cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (PKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diterima majilis tertinggi badan induk itu maka Kelantan tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super 2010 bersama dua lagi pasukan lain iaitu Perak dan Pulau Pinang.
Menurut laporan BERNAMA, pasukan bola sepak Kelantan dan Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah Read the rest of this entry »
Posted in Piala Malaysia | Tagged: Piala Malaysia, Kelantan, FAM, Liga Malaysia, Liga Super | 17 Comments »