Misi sukar N Sembilan di Kuala Terengganu
Posted by bolasepak on October 29, 2009
NEGERI Sembilan bakal berdepan tugas sukar apabila berkunjung ke Kuala Terengganu, Sabtu ini bagi melengkapkan aksi separuh akhir Piala Malaysia 2009 menentang Terengganu selepas hanya menang tipis 1-0 di gelanggang sendiri Selasa lalu.
Bekalan satu gol yang dibawa ternyata tidak mencukupi buat Negeri Sembilan, dan ia diakui oleh jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hasan yang agak kecewa selepas anak buahnya mensia-siakan banyak peluang menambah jaringan.
Kata Wan Jamak, jika anak buahnya itu bermain dengan menggunakan akal fikiran, sudah tentulah lebih banyak gol dapat dihasilkan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.
“Banyak peluang telah dilepaskan begitu sahaja oleh pemain, lebih-lebih lagi pada kedua permainan. Mungkin satu gol itu dianggap kelebihan apabila beraksi di Kuala Terengganu, tetapi ia bukan angka selesa untuk berhadapan pasukan tuan rumah, Terengganu kelak,” katanya.
Dengan hanya satu gol, ia belum boleh menjamin tempat mereka ke perlawanan akhir Piala Malaysia, jika percaturan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu ini tidak disusun rapi oleh Wan Jamak.
Hakikat itu disedari Wan Jamak dan sudah tentu beliau akan mengatur strategi permainan yang lebih baik untuk memastikan skuad Negeri Sembilan mampu memberikan saingan terbaik pada perlawanan kedua nanti.
“Buat masa ini, saya bangga dengan prestasi pemain, lebih-lebih lagi mencipta kemenangan di gelanggang sendiri dan barisan pertahanan yang cukup baik,” katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Terengganu, Ken Worden berkata, perlu ada kekemasan yang lebih baik di kalangan pemain, jika mahu mencipta kemenangan pada separuh akhir kedua di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
“Saya lihat gol yang dihasilkan oleh Negeri Sembilan itu disebabkan kesilapan pemain pertahanan. Ini yang saya bimbang, jika perkara itu berlaku Sabtu ini,” katanya.
Ken Worden berkata, dia terkilan dengan cara pasukannya kalah di tangan Negeri Sembilan kerana kelihatan pemain seperti tiada persefahaman.
“Sudah tentu kita masih mempunyai peluang untuk melangkah ke akhir dan saya akan mengatur strategi agar pemain-pemain mendapat keserasian untuk bermain dengan lebih baik pada saingan kedua separuh akhir nanti,” katanya.
Dalam perlawanan semalam, skuad Negeri Sembilan berjaya menjinakkan Terengganu melalui jaringan tunggal Mohd Aidil Zafuan Radzak yang berjaya menanduk kemas hantaran sepakan sudut S Kunalan pada minit ke-51.
mbi'ganu said
Hidup TERENGGANU kite, tak kira team mana yang menanti di Bukit Jalil, TERENGGANU akan ke BUKIT JALIL tahun ni… NS pasti kena baham di teganu kita sabtu ni…
bakrieidham said
TERENGGANU JUARA PIALA MALAYSIA 2009…
ja'al mrg said
dok kire guane doh, t’ganu pasti juara piala malaysia 2009… hidup terengganu…
go go ninja turtles…..
zahar kmn said
Ya betul tuuuu…….
NINJA TURTLE……..
hidup PAHLAWAN PENYU………………
mb mat said said
sembang angat sek ganu nok jadi juara piala malysia thn ni.v lepas semi final dulu wei.br boleh sembang…..ko khano ganu kiter