Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Liverpool buru David Silva

Posted by bolasepak on July 11, 2008

PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez bersedia membuat rekod pembelian termahal kelab itu dalam misi membawa bintang Sepanyol, David Silva ke Anfield.

Benitez kini memburu perancang Valencia itu selepas gagal memenuhi harga perpindahan yang diletakkan ke atas rakan sepasukan Silva, David Villa.

Kelab Liga Sepanyol itu meminta harga 32 juta pound (RM205.1 juta) ke atas penjaring terbanyak Euro 2008, Villa dan dengan jumlah sebanyak itu, ia telah membantutkan hasrat Benitez untuk membawa penyerang kedua Sepanyol dalam skuadnya.

Begitupun, Silva, 22, dilihat berpeluang ke Anfield selepas harga yang diletak ke atasnya adalah separuh daripada harga Villa dan Benitez sememangnya mahu melengkapkan pembelian tersebut.

Benitez yang pernah membimbing Valencia selama tiga tahun, sedar bekas kelabnya itu memerlukan wang bagi menampung pembelanjaan pembinaan stadium baru.

Namun, dia juga sedar bahawa Valencia pastinya mahu mengekalkan Villa bagi menjaga hati peminat yang telah pun berang dengan kemungkinan kehilangan aset berharga mereka itu.

Pengurus baru Valencia, Unai Emery mengakui keputusan tersebut bukan terletak di tangannya, namun dia juga terdesak untuk tidak mahu kehilangan Villa. – Kosmo

12 Responses to “Liverpool buru David Silva”

  1. hydir said

    hoh..david silva..
    macam2 liverpool nih..

  2. abdullah said

    beli la sape pn…
    tp kalau main macam malaysia hampeh la….
    menghabiskan beras je…

  3. khairul said

    LIVERPOOL CHAMPION

  4. zaki said

    skrg ni liverpool da ok skit brbnding dlu. hampeh.. david silva msti pilihan bijak.. apatah la dgandingkn dgn torres.. maju dan terus maju liverpool.. aku pasti liverpool akn cipta satu kejutan yg x disngka sangka..

  5. torent said

    yeke tp owner liverpool kedekut mcm mana nak bli…baik jual je saham2 die…aku syg liverpool fc…tp jual la benayoun 2 dulu

  6. jacko said

    david silva p MU lg best..sia2 ja dia p sana 2..xda medal pla nnt.

  7. nt MU said

    david silva g liverpool great choice!! don’t go MU that Evils….

  8. nt MU said

    aaaaaaaaarrrrrrrrreeeeee ccchhhaaaaaammmmpppiiiooooon……
    LLLiiiiiiivvvvveeeeeeeeeerrrrrrppppooooolllll……..

  9. El Nino said

    bguslah klu beli david silva.. tp lebih bagus klu beli messi… kompom mu terus turun divisyen oh.. haha.. tp liverpool skrng pun kuat sdh bh… hidup liverpool.. you’ll never walk alone

  10. muhamad shaari said

    go liverpool.. dont give up kah dit turang putih.. haha.. aramai ti

  11. muhamad shaari said

    apa pula jual benayoun.. benayoun pun playermaker sdh tau skrng.. klu jual voronin atau lucas blehlah..

  12. Bryan Semboy said

    chelsea tetap kuat,,..hehee

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>