Euro 2008: Switzerland 2 Portugal 0
Posted by bolasepak on June 16, 2008
TUAN rumah bersama, Switzerland akhirnya memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Portugal, yang sudah pun menempah tiket ke suku akhir pada Euro 2008, awal pagi ini.
Hakan Yakin meledak dua gol, jaringan pertama pada minit ke-71 selepas menerima bola daripada Eren Derdiyok, disusuli pada minit ke-83.
Jaringan itu nyata membolehkan jurulatih Switzerland, Koebi Kuhn melakar senyuman puas selepas tumpas semua perlawanan sebelum ini.
“Saya percaya kemenangan ini berhak dihadiahkan untuk Koebi Kuhn dan penonton kami. Kami buktikan hari ini kami berhak menang,” kata Yakin.
Kuhn yang akan menamatkan khidmatnya selepas tujuh tahun berkata: Ia tentunya kemenangan yang penuh bermakna selepas dilanda kekecewaan sebelum ini. Sekurang-kurangnya kami memperoleh mata.”
Portugal pula yang ingin memberi tumpuan pada suku akhir, hanya menurunkan pemain simpanan, tetapi keputusan 2-0 itu tetap mengejutkan jurulatih, Luiz Felipe Scolari.
Portugal mampu mencipta gol menerusi Helder Postiga tetapi tendangannya dikuis kemas oleh Philippe Senderos.