Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Greece 0 Rusia 1

Posted by bolasepak on June 15, 2008

JUARA Eropah 2004, Greece gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas 0-1 ketika berdepan Russia dalam Kumpulan D, awal pagi tadi.

Konstantin Zyryanov menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-33 sekaligus meranapkan impian Greece untuk mengulangi prestasi menakjubkan pada edisi 2004 lalu.

Greece kini kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata.

Sekalipun mempunyai satu lagi perlawanan iaitu menentang Sepanyol Khamis ini, namun ia sudah tidak bermakna lagi buat skuad itu selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Ketempangan pasukan Greece jelas terserlah apabila mereka gagal menjaringkan sebarang gol setakat ini.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>