Archive for June 15th, 2008
Posted by bolasepak on June 15, 2008
Turki lawan Republik Czech (2.45 pagi)
TURKI mengharapkan momentum untuk mengatasi sejarah apabila berhadapan Republik Czech dalam memburu tempat layak ke suku akhir Euro 2008.
Turki bangkit untuk menundukkan tuan rumah bersama Euro 2008, Switzerland 2-1 selepas Republik Czech dikecewakan Portugal 3-1, sebelum pertemuan di Stade Geneve, awal pagi esok, yang akan menentukan pasukan yang layak menyertai kelompok lapan pasukan terakhir sebagai naib juara Kumpulan A di belakang Portugal.
“Pasukan saya perlukan situasi seperti ini untuk menambah keyakinan mereka,” kata jurulatih Turki, Fatih Terim selepas kemenangan ke atas Switzerland. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, perlawanan, Piala Eropah, Rep Czech, Turki | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
Switzerland lawan Portugal (2.45 pagi)
SWITZERLAND kehilangan peluang untuk terus bersaing dalam Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 dan pertemuan menentang Portugal dalam perlawanan terakhir kumpulan, bagaikan cara terbaik mengucapkan selamat tinggal.
Pasukan tuan rumah bersama yang tewas dua perlawanan terdahulu mahu memanfaatkan perlawanan terakhir di Basel sebagai peluang terakhir mengubati duka peminat mereka.
“Orang ramai berhak menyaksikan satu lagi persembahan berkualiti daripada kami,” kata jurulatihnya, Koebi Kuhn, yang akan mengetuai pasukan itu buat kali terakhir. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, perlawanan, Piala Eropah, Portugal, Switzerland | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
HAJAT Perancis untuk mara ke suku akhir Euro 2008 semakin cerah selepas menerima khabar gembira mengenai penilaian kecergasan ke atas kapten mereka, Patrick Vieira yang menunjukkan peningkatan semalam.
Skuad Les Blues kehilangan khidmat perancang Inter Milan itu ketika seri tanpa jaringan dengan Romania dan kekalahan 1-4 kepada Belanda kelmarin.
Pemain yang beraksi dalam skuad Perancis yang menjulang trofi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 itu mengalami kecederaan paha kirinya sebelum kempen Eropah ini, namun dilaporkan bersedia untuk menggalas peranan Perancis dalam misi hidup dan mati menentang Itali. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Perancis, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
PORTUGAL mungkin berjaya mempamerkan permulaan yang baik pada saingan Euro 2008 selepas muncul pasukan pertama mara ke suku akhir.
Begitupun, penggempur utamanya, Cristiano Ronaldo sedar saingan yang lebih mencabar sedang menanti skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu selepas ini.
Portugal berjaya mengalahkan Turki 2-0 pada aksi pertama Kumpulan A sebelum pemain sayap Manchester United itu beraksi cemerlang membantu pasukannya mengalahkan Republik Czech 3-1 sekali gus membawa finalis Euro 2004 itu ke pusingan suku akhir yang bermula Jumaat depan. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Piala Eropah, Portugal, Ronaldo | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
TIADA peraturan yang boleh menghalang Belanda menurunkan skuad kedua pada perlawanan menentang Romania minggu depan.
Demikian penjelasan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semalam ketika mengulas hasrat Belanda untuk memberi peluang kepada pemain simpanan dalam kesebelasan utamanya pada perlawanan terakhir Kumpulan C kejohanan bola sepak Euro 2008.
Belanda berhasrat berbuat demikian selepas mengesahkan tempat ke suku akhir ekoran kemenangan 4-1 ke atas Perancis semalam. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Belanda, EURO 2008, Piala Eropah, UEFA | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
PERANCIS sukar mempercayai bagaimana Belanda mampu memberikan kekalahan terbesar kepada mereka dalam tempoh sedekad.
Jaringan Dirk Kuyt, Wesley Sneijder, Robin van Persie dan Arjen Robben membantu Belanda membenam naib juara dunia itu 4-1, sekali gus mengiringi Portugal dan Croatia ke suku akhir.
Perancis kini perlu mengalahkan juara dunia, Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Zurich, Rabu ini sambil berdoa Romania gagal mengutip tiga mata dalam pertemuan dengan Belanda. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Itali, Perancis, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
SELEPAS kalah 0-3 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Romania, Itali kini bukan saja perlu menewaskan Perancis dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Rabu ini, malah terpaksa bergantung kepada Romania untuk layak ke suku akhir.
Juara Piala Dunia itu mengakui, ini adalah situasi yang paling dibenci apabila menyerahkan nasib di tangan orang lain.
Sebelum Euro 2008 bermula, penyerang Itali, Luca Toni memberitahu rakan sepasukannya di Bayern Munich iaitu bek Perancis, Franck Ribery bahawa dia berharap Itali sudahpun melayakkan diri ke suku akhir apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada perlawanan penutup Kumpulan C. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Itali, Perancis, Piala Eropah, Romania | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
LUKAS Podolski yang telah menjaringkan tiga gol untuk Jerman dalam dua perlawanan awal disahkan cergas untuk turun menentang Austria, Selasa ini selepas dibelenggu kecederaan buku lali.
Podolski mendapat kecederaan itu semasa pasukannya tewas 1-2 kepada Croatia, Khamis lalu sehinggakan tidak berlatih, semalam.
Jerman juga dijangka mendapat semula khidmat pemain pertahanan, Philipp Lahm yang pulih daripada luka kecil pada belakang betis. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, EURO 2008, Jerman, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
JUARA Eropah 2004, Greece gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas 0-1 ketika berdepan Russia dalam Kumpulan D, awal pagi tadi.
Konstantin Zyryanov menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-33 sekaligus meranapkan impian Greece untuk mengulangi prestasi menakjubkan pada edisi 2004 lalu.
Greece kini kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Greece, keputusan, Piala Eropah, Rusia | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 15, 2008
SEPANYOL menjadi pasukan keempat layak ke suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2008 selepas menewaskan Sweden 2-1 pada perlawanan Kumpulan D di Stadium Tivoli Neu, awal pagi tadi.
Bagaimanapun Sepanyol terpaksa menunggu hingga ke masa kecederaan untuk memperoleh gol kemenangan yang dijaringkan David Villa pada minit ke-92.
Kemenangan itu membolehkan Sepanyol menyertai Portugal, Croatia dan Belanda layak ke suku akhir lebih awal walaupun keempat-empat pasukan itu masih ada satu perlawanan peringkat kumpulan yang perlu dilalui lagi selepas ini. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, keputusan, Piala Eropah, sepanyol, Sweden | Leave a Comment »