Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sepanyol bimbang ’senjata sulit’ Sweden

Posted by bolasepak on June 14, 2008

Sweden lawan Sepanyol (12.00 tgh malam)

SELAIN Zlatan Ibrahimovic dan Henrik Larsson, Sepanyol perlu memberi tumpuan kepada penyerang ketiga Sweden, Johan Elmander apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada perlawanan kedua Kumpulan D awal pagi esok.

Tidak ramai yang mengetahui corak permainan Elmander tetapi dia memiliki kekuatan yang mungkin dipergunakan sepenuhnya oleh Sweden untuk melancarkan serangan balas yang pantas.

Elmander lebih gemar bermain di posisi sayap kanan tetapi ketiadaan Christian Wilhemsson yang mengalami kecederaan hamstring bakal menyaksikan dia beraksi di bahagian tengah.

Jurulatih Sepanyol, Luis Aragones menganggap Elmander sebagai salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian.

Penyerang Toulouse berusia 27 tahun ini menjaringkan gol pembukaan ketika Sweden menewaskan Sepanyol 2-0 di tempat sendiri pada aksi kelayakan pertama Euro 2008 lalu.

Begitupun Sepanyol menang mudah 3-0 di pada pertemuan kedua di Madrid.

“Kini ia adalah satu lokasi yang berkecuali. Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah yang tersendiri,” kata Elmander.

“Sudah tentu mereka akan lebih banyak menguasai bola dan kami melakukan serangan balas yang pantas meskipun ia bukan sesuatu yang kami mahu lakukan.”

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>