Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Belanda 4 Perancis 1

Posted by bolasepak on June 14, 2008

IMPIAN Perancis untuk merangkul kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semakin sukar apabila dibelasah Belanda 4-1 dalam saingan kumpulan C, awal pagi tadi.

Belanda yang masih segar dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Itali dalam perlawanan pertama sekali lagi mempamer aksi memukau dan disebut-sebut sebagai pilihan ramai untuk merangkul gelaran Euro 2008.

Belanda hanya memerlukan masa sepuluh minit untuk membolosi gawang Perancis menerusi penyerang Liverpool, Dirk Kuyt.

Pesta gol Belanda bagaimanapun hanya bermula pada babak kedua yang dimulai pemain gantian, Robin van Persie pada minit ke-59 diikuti Arjen Robben (72) dan Wesley Sneijder (90).

Perancis hanya memperoleh gol saguhati menerusi penyerang Barcelona, Thierry Henry pada minit ke-71.

Kemenangan kedua itu sekaligus mengesahkan kemaraan Belanda ke suku akhir sebagai juara kumpulan dengan mengumpul enam mata.

Satu lagi tempat ke suku akhir menjadi rebutan antara tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan yang masing-masing mempunyai peluang agak seimbang.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>