Archive for June 14th, 2008
Posted by bolasepak on June 14, 2008
Sweden lawan Sepanyol (12.00 tgh malam)
SELAIN Zlatan Ibrahimovic dan Henrik Larsson, Sepanyol perlu memberi tumpuan kepada penyerang ketiga Sweden, Johan Elmander apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada perlawanan kedua Kumpulan D awal pagi esok.
Tidak ramai yang mengetahui corak permainan Elmander tetapi dia memiliki kekuatan yang mungkin dipergunakan sepenuhnya oleh Sweden untuk melancarkan serangan balas yang pantas.
Elmander lebih gemar bermain di posisi sayap kanan tetapi ketiadaan Christian Wilhemsson yang mengalami kecederaan hamstring bakal menyaksikan dia beraksi di bahagian tengah. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, perlawanan, Piala Eropah, sepanyol, Sweden | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
Greece lawan Rusia (2.45 pagi)
JURULATIH Rusia, Guus Hiddink tidak mahu pasukannya menjadikan ketiadaan penyerang utama, Roman Pavlyuchenko sebagai alasan untuk mereka mempamerkan aksi mengecewakan pada pertemuan dengan juara bertahan, Greece pagi esok.
Pavlyuchenko mengalami kecederaan di bahagian paha selepas tewas 1-4 kepada Sepanyol pada aksi Kumpulan D Euro 2008 minggu lalu.
Insiden itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Rusia yang telah pun kehilangan penyerang, Andrei Arshavin serta Pavel Pogrebnyak. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Greece, perlawanan, Piala Eropah, Rusia | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
PERDANA Menteri Poland, Donald Tusk menjelaskan bahawa dia berasa seperti mahu membunuh Howard Webb selepas pengadil dari England itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Austria semalam.
Jaringan penyamaan menerusi penalti Ivica Vastic menyaksikan Poland seri 1-1 dengan Austria pada aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Eropah (Euro) 2008.
Keputusan itu sekali gus menyekat hajat Poland untuk mencerahkan peluang mara ke suku akhir. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, EURO 2008, Piala Eropah, Poland | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
AUSTRIA perlu menewaskan Jerman pada perlawanan terakhir Kumpulan B Isnin (pagi Selasa) ini bagi menempah slot ke pusingan suku akhir Euro 2008.
Austria kembali bernafas selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Poland pada perlawanan kedua Kumpulan B semalam selepas pemain gantian, Ivica Vastic menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan walaupun sebelum itu ketinggalan 0-1.
Keputusan itu melegakan Austria selaku penganjur bersama Euro 2008 untuk mengekori Croatia ke suku akhir. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, EURO 2008, Jerman, perlawanan, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
JURULATIH Croatia, Slaven Bilic menggambarkan perancang mudanya, Luka Modric sebagai pemain terbaik di Eropah selepas menyaksikan pasukannya mengejutkan juara tiga kali, Jerman pada saingan Euro 2008 semalam.
Begitupun, Bilic menegaskan pasukan Croatia bukanlah pasukan yang hanya mengharapkan kepada seorang pemain sahaja.
Modric yang menjaringkan gol kemenangan Croatia ke atas Austria Ahad lepas, dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan setelah membantu Croatia menang 2-1 ke atas Jerman kelmarin sekali gus melayakkan mereka ke suku akhir. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: berita, Croatia, EURO 2008, Jerman, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
KEKALAHAN 1-2 kepada Croatia memberi satu pengajaran kepada Jerman.
Begitupun jurulatih Jerman, Joachim Loew tetap yakin skuad kendaliannya mampu memperbaiki kesilapan itu menjelang aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 menentang Austria Isnin ini.
“Pada dua atau tiga tahun terakhir, pasukan kami seringkali bangkit daripada kekalahan,” kata Leow selepas Jerman tewas kepada Croatia di Klagenfurt semalam. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: berita, Croatia, EURO 2008, Jerman, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
IMPIAN Perancis untuk merangkul kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semakin sukar apabila dibelasah Belanda 4-1 dalam saingan kumpulan C, awal pagi tadi.
Belanda yang masih segar dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Itali dalam perlawanan pertama sekali lagi mempamer aksi memukau dan disebut-sebut sebagai pilihan ramai untuk merangkul gelaran Euro 2008.
Belanda hanya memerlukan masa sepuluh minit untuk membolosi gawang Perancis menerusi penyerang Liverpool, Dirk Kuyt. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Belanda, EURO 2008, keputusan, Perancis, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 14, 2008
ROMANIA menyukarkan laluan Itali untuk ke suku akhir apabila mengikat juara dunia itu dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan menarik, rancak dan terbuka Kumpulan C saingan Euro 2008, awal pagi tadi.
Keputusan itu meletakkan Itali tiada pilihan selain perlu menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Perancis, begitu juga Romania yang akan bertemu Belanda.
Itali bagaimanapun perlu berterima kasih kepada penjaga golnya, Gianluigi Buffon yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti Adrian Mutu pada minit ke-80 bagi mengelakkan pasukan itu kalah dan tersingkir terus daripada suku akhir. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Itali, keputusan, Piala Eropah, Romania | Leave a Comment »