Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for June 13th, 2008

Perancis perlu bangkit segera

Posted by bolasepak on June 13, 2008

PERANCIS perlu bangkit daripada permulaan hambar untuk menghadapi perlawanan kedua menentang Belanda pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 di Berne awal pagi esok.

Ketika Belanda mengejutkan juara dunia, Itali dengan kemenangan 3-0, Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Romania pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Isnin lalu.

Naib juara Piala Dunia 2006 yang berkongsi taktikal dengan Itali itu iaitu bermain secara bertahan, perlu melakukan sesuatu untuk mengelak daripada mengalami kekalahan seterusnya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Van Basten enggan terlalu yakin

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JURULATIH Belanda, Marco van Basten berkata tempat ke suku akhir buat pasukannya pada Euro 2008 masih jauh walaupun selepas menewaskan juara dunia, Itali 3-0.

Belanda membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan pada Kejohanan Eropah berdepan Itali di Berne, Isnin lalu pada malam yang sama menyaksikan pesaing Kumpulan C Perancis dipaksa seri 0-0 oleh Romania di Zurich.

Tetapi bekas penyerang Belanda itu menjangkakan ada pertembungan sengit dengan finalis Piala Dunia 2006, Perancis di Berne, Switzerland, pagi esok dengan kemenangan akan memberikan skuadnya tempat ke kelompok lapan pasukan terbaik. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kelebihan memihak Belanda, Perancis dalam tekanan

Posted by bolasepak on June 13, 2008

KEADAAN seharusnya berlawanan ketika ini. Belanda sepatutnya berada dalam keadaan bahaya dan Perancis pula mengharapkan laluan layak ke suku akhir dengan baki satu perlawanan.

Sebaliknya kemenangan menakjubkan 3-0 Belanda ke atas Itali dan seri tanpa jaringan oleh Les Bleus menentang pasukan bukan pilihan, Romania tempoh hari sudah mengubah segala percaturan dalam saingan Kumpulan C.

Lebih buruk, tidak seperti sebelumnya, skuad Belanda yang lazim bergaduh, tetapi ia adalah Perancis yang terbabit dalam pergeseran menjelang salah satu perlawanan paling penting dalam tempoh dua tahun. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Hajat besar Romania

Posted by bolasepak on June 13, 2008

TONGGAK pertahanan Romania, Cosmin Contra mahu menjadikan kemenangan ke atas Belanda, Rabu depan sebagai jalan terbaik untuk menempah tiket ke suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008.

Ini kerana Contra sedar bahawa pasukannya berdepan tugas sukar bagi mencatat kemenangan ke atas Itali tengah malam ini meskipun juara dunia itu tewas 0-3 kepada Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C Sabtu lalu.

Begitupun, Contra percaya hanya kemenangan ke atas Belanda sahaja bakal menjadi medan terbaik untuk mereka memburu slot ke suku akhir. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Itali buat rombakan hadapi Romania

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JUARA dunia, Itali, dalam proses memulihkan diri daripada kekalahan 3-0 kepada Belanda, dijangka akan mengubah pasukan mereka dan formasi bagi perlawanan Euro 2008 lewat malam ini menentang Romania.

Satu lagi kekalahan di Zurich bermakna penyingkiran dan hampir pasti menyaksikan pemergian jurulatih Roberto Donadoni. Kekalahan dalam pembukaan Kumpulan C Isnin lalu bermakna pasukan itu sedang diawasi secara teliti.

Alessandro Del Piero, yang belum memulakan perlawanan buat Itali sejak September, mungkin bermain selepas beraksi dengan baik sebagai pemain gantian manakala rakan penyerang, Antonio Cassano mungkin dipanggil selepas muncul sebagai pemain gantian di Berne. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Penentuan penalti jika mata sama

Posted by bolasepak on June 13, 2008

REPUBLIK Czech dan Turki akan melalui penentuan sepakan penalti untuk memastikan pasukan yang bakal layak ke suku akhir Euro 2008 jika mereka seri dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Geneva, Ahad ini.

Ia kali pertama sepakan penalti akan digunakan bagi menentukan perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan utama.

Sistem baru ini akan digunakan buat pertama kali dalam kejohanan ini dan kemungkinan akan digunakan dalam perlawanan peringkat kumpulan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Aragones faham situasi Torres

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JURULATIH, Luis Aragones berkata dia bersimpati dengan kemarahan Fernando Torres selepas penyerang itu digantikan ketika kemenangan 4-1 Sepanyol mengatasi Russia.

Aragones mahu bersalam dengan Torres tetapi pemain itu enggan selepas dia digantikan oleh Cesc Fabregas pada awal babak kedua perlawanan Kumpulan D Euro 2008 di Innsbruck, Rabu lalu.

“Saya simpati dan faham kenapa Torres menjadi marah tetapi adalah penting untuk memperbetulkan keadaan ini,” kata jurulatih itu ketika sidang media kelmarin. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Milan Baros gagal menyinar

Posted by bolasepak on June 13, 2008

MILAN Baros kembali dalam kesebelasan utama Republik Czech, semalam, dalam perlawanan yang mungkin mahu segera dilupakannya.

Dengan Baros, 26, bermula selaku penyerang tunggal, Czech kecundang 1-3 kepada Portugal dalam Euro 2008 dan mereka akan bertemu Turki, awal pagi Isnin nanti, dalam pertemuan dua pasukan memburu sasaran mengiringi Portugal ke suku akhir daripada Kumpulan A.

Baros, menjaringkan 31 gol untuk negaranya dan penjaring terbanyak Euro 2004, menggantikan Jan Koller, selepas dua aksi sebelumnya sekadar berwatak pengganti, apabila jurulatih, Karel Brueckner mahu menggunakan kepantasannya ketika menentang barisan lawan yang ternyata lincah. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Deco tetap gah

Posted by bolasepak on June 13, 2008

BIARPUN Cristiano Ronaldo menguasai pentas tumpuan, Deco menjelmakan satu lagi aksi mantap, awal pagi semalam, menyumbang gol dan mencipta dua lagi ketika Portugal menang 3-1 ke atas Republik Czech pada Euro 2008 kali ini.

“Deco menikmati beberapa aksi hebat dengan pasukan kebangsaan dan juga ketika ini pada tahap fizikal terbaiknya,” akui jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari.

Perencana gerak kelahiran Brazil itu menyumbat gol pada minit kelapan aksi Kumpulan A di Stade de Geneve, menemui sasaran daripada jarak dekat selepas percubaan Ronaldo dihalang penjaga gol, Petr Cech. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kecewa tuan rumah tersingkir

Posted by bolasepak on June 13, 2008

PATRICK Mueller berasa kecewa selepas tuan rumah bersama, Switzerland menjadi pasukan pertama disingkirkan daripada Euro 2008 apabila bola yang terkena dirinya memberi gol kemenangan kepada Turki dalam masa kecederaan, kelmarin.

Kemenangan 2-1 Turki dalam Kumpulan A, memberi penyudah memeritkan dalam kejohanan ini kepada pemain berusia 31 tahun itu, yang berusaha keras untuk memastikan dirinya tersenarai dalam skuad negaranya.

Tidak dapat beraksi untuk kelab Olympique Lyon selepas terkoyak ligamen lututnya, Disember lalu, Mueller meninggalkan pasukan juara Perancis itu tanpa keizinan bulan lalu untuk membuktikan kecergasannya di kem latihan pra-pertandingan Switzerland. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , | Leave a Comment »