Posted by bolasepak on June 12, 2008
JURULATIH Jerman, Joachim Loew menegaskan kelmarin, terlalu awal untuk menyebut siapa akan menjuarai Euro 2008 walaupun persembahan mantap dipamerkan Jerman, Portugal dan Belanda.
Selepas pasukannya membuka kempen Euro 2008 dengan aksi meyakinkan menewaskan Poland 2-0 Ahad lalu, Jerman kini menepati ramalan awal selaku antara pasukan pilihan.
Tetapi Belanda menewaskan juara dunia, Itali 3-0 di Geneva, Isnin lalu sementara Portugal menewaskan Turki 2-0 Sabtu lalu, dan Loew menegaskan ia terlalu awal untuk berkata siapa akan dinobatkan sebagai juara Eropah di Vienna pada 29 Jun ini. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Belanda, EURO 2008, Jerman, juara, Piala Eropah, Portugal | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 12, 2008
“Rempuh Poland”. Itulah arahan jurulatih Austria, Josef Hickersberger, menjelang pertemuan dengan Poland dalam perlawanan penting Kumpulan B awal pagi esok.
Austria tewas 0-1 di tangan Croatia dalam perlawanan pembukaannya, sementara Poland pula tumbang 0-2 di tangan Jerman.
Austria hanya menunjukkan permainan yang lebih membanggakan dalam 20 minit terakhir permainan tetapi kedudukan benteng pertahanannya terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, EURO 2008, Piala Eropah, Poland | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 12, 2008
BAGI Jerman, pertarungan dengan Croatia bukan sekadar mahu melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan Euro 2008, malah mahu membuktikan ia sebagai pencabar serius bagi merebut kejuaraan pertamanya sejak 1996.
“Kami akan tahu apakah kedudukan kami selepas perlawanan dengan Croatia ini.
“Kami tahu bahawa kami perlu meningkatkan mutu permainan untuk mengalahkan mereka.” kata kapten Jerman, Michael Ballack, dalam satu sidang akhbar. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Ballack, Croatia, EURO 2008, Jerman, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 12, 2008
JARINGAN pada minit terakhir Arda Turan melonjakkan kemenangan Turki 2-1 ke atas Switzerland, sekali gus menunjukkan jalan keluar pasukan tuan rumah itu untuk saingan Euro 2008, pada pertemuan awal pagi tadi.
Gol Turan diperoleh pada minit kedua masa kecederaan dengan sepakan kuat kaki kirinya selepas pertahanan Switzerland gagal mengeluarkan bola berdekatan kotak penalti.
Sebelum ini, Turki memperoleh jaringan awal menerusi Semih Senturk pada minit ke-57. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Piala Eropah, Switzerland, Turki | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 12, 2008
PORTUGAL memberi isyarat awal kepada pencabar lain di Euro 2008 apabila muncul pasukan pertama layak ke suku akhir selepas merakamkan kemenangan kedua berturut-turut menewaskan Republik Czech 3-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium State de Geneve, awal pagi tadi.
Jaringan daripada Deco pada minit kelapan, ledakan padu Cristiano Ronaldo (m-63) dan Ricardo Quaresma (m-90) membutirkan mata penuh buat skuad Luiz Felipe Scolari manakala lawan yang turut memberi saingan sengit sepanjang tempoh perlawanan mendapat gol menerusi tandukan Libor Sionko pada minit ke-17.
Apapun, kedua-dua pasukan yang mengerti kemenangan pasti akan memberi tiket layak ke kelompok lapan terakhir memulakan aksi dengan rentak garang tetapi Portugal lebih tersusun serangan mereka dan hanya memerlukan lapan minit untuk membuka tirai jaringan menerusi perancang tengah, Deco. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Piala Eropah, Portugal, Rep Czech | Leave a Comment »