Guus Hiddink berang kekalahan besar Rusia
Posted by bolasepak on June 11, 2008
PEMAIN Rusia perlu menyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan bodoh ketika dibelasah 1-4 oleh Sepanyol, semalam.
Jurulatih Rusia, Guus Hiddink yang begitu berang berkata, ada kesilapan yang dilakukan pemainnya adalah kesilapan budak sekolah.
“Jika anda lihat gol kedua dan keempat, budak sekolah pun tidak buat kesilapan mudah seperti itu.
“Ini bukan tentang kelemahan barisan pertahanan tetapi lebih kepada kelemahan keseluruhan pasukan ini.
“Mereka tidak tahu bila nak bertahan dan bila hendak bertindak. Secara jujur saya sudah mula naik benggang sebelum waktu rehat lagi,” katanya.
Sehubungan itu Hiddink berkata, Rusia perlu memperbaiki kelemahan itu pada perlawanan menentang Greece pada Sabtu ini dan Sweden empat hari kemudian.