Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for June 11th, 2008

UEFA sahkan jaringan Nistelrooy

Posted by bolasepak on June 11, 2008

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengesahkan gol pembukaan yang dijaringkan Ruud van Nistelrooy ketika membantu Belanda menang 3-0 ke atas Itali pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semalam.

Jaringan van Nistelrooy pada minit ke-26 itu telah mencetuskan kontroversi selepas dia dikatakan berada pada kedudukan ofsaid ketika menyudahkan sepakan Giovanni van Bronckhorst.

“Gol itu sah kerana selain penjaga gol Itali (Gianluigi Buffon), terdapat pemain lain (Christian Panucci) berada luar padang dan dia masih boleh beraksi ketika van Nistelrooy menjaringkan gol. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Villa pamer aksi memikat

Posted by bolasepak on June 11, 2008

LEDAKAN hatrik David Villa menyaksikan Sepanyol memulakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 penuh bergaya.

Semalam skuad bimbingan Luis Aragones itu membenam Rusia 4-1 sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan.

Semuanya gara-gara kelibat Villa yang mempamerkan aksi ‘panas’ pada perlawanan pertama Kumpulan D itu. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Juara Eropah tumbang

Posted by bolasepak on June 11, 2008

GOL cantik Zlatan Ibrahimovic menjadi inspirasi bermakna membantu Sweden menewaskan juara bertahan, Greece 2-0 pada perlawanan Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2008, pagi tadi.

Jaringan penyerang kelab Inter Milan itu bukan sahaja melemahkan semangat pemain Greece malah turut mengakhiri kemarau jaringan selama tiga tahun Ibrahimovic dalam kancah bola sepak di peringkat antarabangsa.

Satu lagi gol Sweden, semalam disumbang pemain pertahanan tengahnya, Petter Hansson selepas berlaku keadaan kelam kabut di depan gol Greece. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Guus Hiddink berang kekalahan besar Rusia

Posted by bolasepak on June 11, 2008

PEMAIN Rusia perlu menyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan bodoh ketika dibelasah 1-4 oleh Sepanyol, semalam.

Jurulatih Rusia, Guus Hiddink yang begitu berang berkata, ada kesilapan yang dilakukan pemainnya adalah kesilapan budak sekolah.

“Jika anda lihat gol kedua dan keempat, budak sekolah pun tidak buat kesilapan mudah seperti itu. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Sepanyol menang bergaya benam Rusia

Posted by bolasepak on June 11, 2008

DAVID Villa menjadi pemain pertama mencatat hatrik pada Kejohanan Piala Eropah (Euro) 2008 ketika membantu Sepanyol membenam Rusia 4-1 dalam perlawanan sulung Kumpulan D, hari ini.

Ketiga-tiga gol Villa hadir pada minit ke-20, 44 dan 75 untuk membolehkan juara Eropah 1964 itu memulakan langkah dengan aksi positif.

Bintang tengah Arsenal, Cesc Fabregas, yang dibawa masuk menggantikan Fernando Torres pada babak kedua menjaringkan gol keempat, satu minit memasuki masa tambahan untuk gol antarabangsa pertamanya. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | 1 Comment »