Posted by bolasepak on June 10, 2008
JUARA bertahan, Greece ghairah hendak membuktikan kejayaan mengejut 2004 bukan kebetulan apabila ia melancarkan kempen mempertahan mahkota Kejohanan Eropah menentang Sweden hari ini.
Greece meletakkan matlamat sekurang-kurang ke peringkat suku akhir dalam persaingan sengit Kumpulan D ini dan akan menentang Russia dan Sepanyol dalam perlawanan berikutnya.
Jurulatih Otto Rehhagel mungkin memutuskan untuk membatalkan percubaan dan ujiannya bagi sistem 4-4-2 dan kembali kepada serangan tiga serampang terdiri daripada Angelos Haristeas, Fanis Gekas dan Yannis Amanatidis. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Greece, juara, Piala Eropah, Sweden | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 10, 2008
BELANDA memulakan langkah bergaya pada Euro 2008 apabila mengejutkan juara dunia, Itali 3-0 pada perlawanan sulung masing-masing, awal pagi tadi.
Jaringan Ruud van Nistelrooy dan Wesley Sneijder pada separuh masa pertama, diikuti kecemerlangan pertahanan, Giovanni van Bronckhorst membolosi gawang Itali pada minit ke-79, menyaksikan juara dunia itu mencatatkan sejarah hitam apabila menerima kekalahan besar sepanjang penyertaannya dalam kejohanan Eropah.
“Ia membuatkan kami amat bangga dan gembira. Kemenangan pertama ini amat penting dan lebih manis lagi apabila kami melakukan ketika bertemu Itali. Ia menambah keyakinan pasukan, tapi kami sedar ia belum berakhir lagi,” kata Sneijder. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Belanda, dunia, EURO 2008, Itali, jaringan, juara, Piala Eropah | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 10, 2008
PENYERANG Switzerland, Alexander Frei terpaksa menarik diri dari saingan Kejohanan Eropah (Euro) 2008 selepas mengalami kecederaan ligamen lutut.
Ketua pasukan dan pemegang rekod penjaring terbanyak Switzerland itu cedera, Sabtu lalu dalam perlawanan pembukaan kejohanan selepas dia dibentes dari belakang.
Dia meninggalkan padang sambil menangis menuju ke bilik persalinan, sebelum kembali ke bangku simpanan menggunakan tongkat. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: cedera, EURO 2008, Frei, ketua, pasukan, Piala Eropah, Switzerland | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 10, 2008
PERANCIS hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Romania pada perlawanan pertama Kumpulan C Kejohanan Bolasepak Eropah (Euro) 2008 yang agak membosankan di Stadium Letzigrund dekat sini, semalam.
Turun tanpa kelibat penyerang utama, Thierry Henry, Perancis bermain agak berhati-hati manakala Romania yang mengharapkan sentuhan Adrian Mutu tetap memberikan tentangan dalam saingan ‘kumpulan maut’ yang turut dianggotai Itali dan Belanda.
Babak pertama permainan, Perancis memerlukan lebih setengah jam sebelum mampu mencipta peluang terbaik menjaringkan gol menerusi Nicolas Anelka, namun tandukannya tersasar pada minit ke-33. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Perancis, Piala Eropah, Romania, seri | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 10, 2008
PENYERANG Jerman, Lukas Podolski melakukan segalanya untuk menewaskan Poland dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Piala Eropah (Euro) 2008, semalam melainkan meraikannya.
Podolski yang lahir di Poland menjaringkan dua gol untuk membantu negara barunya itu mencatat kemenangan 2-0 pada pertemuan sulung kedua-dua pasukan dalam Euro 2008.
‘‘Saya tidak meraikan gol tersebut dengan bersungguh-sungguh kerana saya lahir di Poland. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Jerman, Piala Eropah, Podolski, Poland | Leave a Comment »