Posted by bolasepak on June 9, 2008
KETIADAAN Patrick Vieira akibat kecederaan menyaksikan Claude Makelele dibebani tugas mengemudi bahagian tengah Perancis apabila skuad bergelar ‘Les Bleus‘ itu menentang Romania dalam pembukaan saingan Kumpulan C, pagi esok.
Makelele menyatakan, walaupun Vieira tidak dapat beraksi untuk peringkat awal, pemain Perancis mempunyai kematangan dan kekuatan dalaman untuk terus kekal bersaing tanpa kapten itu dalam perlawanan pertama Kumpulan Maut yang dianggotai Itali selaku juara dunia dan Belanda yang muncul sebagai juara Euro 1988.
Bagi Makelele, apa yang penting kini adalah menurunkan barisan yang seimbang dan dia menegaskan ia menjadi pilihan utama andai Vieira terpaksa memanaskan bangku simpanan pada permulaan kempen ini. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, Makelele, Perancis, Romania, Vieira | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 9, 2008
PERANCIS memulakan era baru dengan gaya tersendiri tapi penuh berwaspada sebaik saja melangkah ke kancah Euro 2008, menentang Romania, hari ini.
Naib juara Piala Dunia 2006, berdepan tugas sukar dalam Kumpulan Maut yang turut disertai Belanda dan juara dunia, Itali, masih belum dapat membuat sebarang ramalan atau menentukan sasaran, kerana buat pertama kali turun selepas sedekad tanpa ayam tambatan, Zinedine Zidane, yang menjadi nadi kepada Perancis sebelum ini.
Dengan hakikat jaguh botak mereka sudah bersara, Perancis kini berusaha mencari penggempur dan keseimbangan baru antara pemain yang sudah berusia dan muka baru berbakat. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: dunia, EURO 2008, juara, Perancis, piala, Romania | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 9, 2008
ITALI mahu menjelmakan bukti betapa kejayaan di Piala Dunia bukan secara tidak sengaja ketika Belanda pula berazam membuktikan skuad itu masih punya upaya buat memenangi kejohanan utama.
Kedua-dua pasukan itu punya sesuatu untuk dibuktikan pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2008 di Bern, Switzerland, awal pagi nanti.
“Kami adalah juara Piala Dunia dan kami dijangka memenangi Kejohanan Eropah ini,” kata penyerang Itali, Alessandro Del Piero. “Tetapi ia dua kejohanan yang amat berbeza. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Belanda, EURO 2008, Itali, juara dunia, ujian | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 9, 2008
CROATIA memastikan derita sama singgah buat satu lagi tuan rumah bersama, Austria, apabila melakar kemenangan 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Euro 2008, awal pagi tadi.
Kekalahan itu menyusul selepas Switzerland, juga berwatak penganjur bersama, ditumpaskan Republik Czech pada hari pembukaan kejohanan membariskan 16 pasukan terbaik Eropah itu.
Lebih perit, kekalahan Austria itu dialami angkara padah yang menjelma begitu awal, apabila Luka Modric menyempurnakan anugerah penalti untuk membolehkan Croatia mendahului ketika kedua-dua pasukan belumpun menjumpai rentak sebenar. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, Croatia, EURO 2008, tuan rumah | 1 Comment »