Posted by bolasepak on June 8, 2008
KEADAAN tertekan menjelang pembukaan Euro 2008 menyaksikan Jerman amat mengharapkan ayam tambatan mereka, Michael Ballack mampu beraksi cemerlang apabila menentang Poland, hari ini (awal pagi Isnin).
Ini bagi menyemarakkan semula semangat Piala Dunia 2006 dan mengakhiri episod gelap dalam Kejuaraan Eropah.
Kali terakhir Jerman menang dalam saingan seperti itu adalah pada final 1996 dan walaupun tidak pernah kalah kepada Poland, mereka tidak dapat memadamkan gemuruh menjelang pertembungan pusingan pertama Kumpulan B di Klagenfurt. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Ballack, EURO 2008, Jerman, Poland | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 8, 2008
AUSTRIA dan Croatia membuka kempen kejohanan, awal pagi esok dengan jangkaan yang amat berbeza dalam saingan Kumpulan B, di Stadium Ernst Happel di Vienna.
Andai dapat layak ke pusingan berikutnya, ia dianggap satu kejayaan ajaib buat Austria manakala Croatia melihat diri mereka sebagai antara pencabar mahkota kejuaraan selepas layak dengan hebat di mana mereka menewaskan England dalam peringkat kelayakan kumpulan dalam perlawanan terakhir mereka.
Austria layak secara automatik selaku penganjur bersama bersama pasukan tetangga, Switzerland. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: Austria, Croatia, EURO 2008 | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 8, 2008
PEMAIN pertahanan tengah kelahiran Brazil, Pepe yang memperoleh cap pertama bersama Portugal tujuh bulan lalu, menyuarakan kegembiraannya menjaringkan gol pertama buat Portugal di Euro 2008 kelmarin.
Pepe menjaringkan gol pembukaan selepas sejam perlawanan ketika Portugal menang 2-0 ke atas Turki dalam aksi Kumpulan A di Stade de Geneve.
“Ia adalah sensasi untuk menjaringkan gol pertama buat Portugal,” kata pemain kental berusia 25 tahun itu selepas memenangi cap keempatnya. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, gol, jaringan, menang, Portugal, Turki | Leave a Comment »
Posted by bolasepak on June 8, 2008
JARINGAN tunggal pemain gantian, Vaclav Sverkos pada minit ke-70 memberi permulaan positif kepada cabaran Republik Czech yang menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Saint-Jacob Park, awal pagi tadi.
TUAN rumah memulakan aksi babak pertama dengan gerakan menarik mencipta peluang gol pertama perlawanan seawal minit keenam, namun rembatan kapten pasukan, Alexander Frei dari hujung kotak penalti Republik Czech tersasar.
Republik Czech kemudian cuba mengimbangi perlawanan dan hampir mendahului pada minit ke-14, apabila rembatan David Jarolim dari sebelah kiri kawasan Switzerland terkena pemain pertahanan, Ludovic Magnin dan bola kelihatan menuju gawang tetapi penjaga gol, Diego Begnalio sempat menepis bola keluar. Read the rest of this entry »
Posted in EURO 2008 | Tagged: EURO 2008, gol, pembukaan, perlawanan, tewas, tuah | Leave a Comment »