Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for June 7th, 2008

Gomez terbayang aksi silam lawan Turki

Posted by bolasepak on June 7, 2008

SATU lagi jelmaan aksi dengan sumbangan dua gol daripada penyerang, Nuno Gomes terhadap Turki pastinya akan menggembirakan Portugal apabila membuka kempen Euro 2008 dalam Kumpulan A, awal pagi esok.

Gomes yang dijangka mengepalai jentera serangan pada aksi Kumpulan A di Geneva, menyumbat dua gol untuk Portugal menang 2-0 ke atas Turki dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan – pada suku akhir Euro 2000.

Keputusan itu menjelmakan kesan berbeza kerana jurulatih Fatih Terim, kini melatih Turki tetapi ketika itu mahu menyertai Fiorentina, memikat penyerang Portugal itu untuk kelab Itali berkenaan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Petr Cech teruja hadapi kawan lama

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PENJAGA gol Republik Czech, Petr Cech berkata dia teruja dengan peluang untuk cuba menghalang bekas rakan sepasukan, Alex Frei daripada melebarkan rekod jaringannya bersama skuad Switzerland.

Kedua-duanya beraksi bersama untuk kelab Perancis, Stade Rennes lima tahun lalu dan akan bertemu satu sama lain dalam aksi pembukaan Euro 2008, awal pagi esok.

“Ia bakal kali pertama saya menentangnya, jadi saya memang ingin tahu bagaimana perasaannya,” kata Cech dalam sidang akhbar, kelmarin. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Saingan Euro 2008 bermula hari ini

Posted by bolasepak on June 7, 2008

SAINGAN Euro 2008 bermula hari ini dengan tuan rumah bersama, Switzerland mengetengahkan bakat muda menentang barisan berpengalaman Republik Czech yang mahu membuktikan mereka tetap unggul mencabar dalam edisi kali ini.

Barisan didik Koebi Kuhn adalah antara skuad termuda di pusingan akhir kali ini tetapi dengan bekalan beberapa pemain yang sudah memiliki pengalaman pada dua kejohanan utama yang lalu.

“Pemain kami sudah matang sejak Piala Dunia 2006,” kata kapten, Alex Frei mengenai kemampuan pasukannya itu di kem latihan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Greece mampu pergi jauh

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PELUANG terbaik Greece melangkah melepasi peringkat kumpulan awal pada Euro 2008 mungkin bergantung kepada semangat juang yang membolehkan mereka merangkul gelaran empat tahun lalu, menurut tonggak benteng veteran, Traianos Dellas.

Tetapi ia meletakkan Greece dalam situasi aneh selaku bukan pilihan tetapi juga berstatus juara bertahan.

“Apa yang penting ialah kami menghapus tekanan selaku juara, tetapi terus beraksi dengan cara sama, dan kami pastinya akan ada peluang baik,” kata Dellas. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Croatia tandus penyerang

Posted by bolasepak on June 7, 2008

TIADA penyerang Croatia berjaya menjaringkan gol dalam aksi antarabangsa semenjak Eduardo da Silva tersisih daripada skuad untuk Euro 2008 angkara terjahan keras, Februari lalu.

Dan dua hari sebelum aksi pembukaan menentang tuan rumah bersama, Austria, jurulatih Croatia, Slaven Bilic masih belum menentukan pengganti buat penyerang kelahiran Brazil itu, yang patah kaki ketika beraksi untuk Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Tiada penyerang berjaya menyumbat gol dalam perlawanan pemanas badan, termasuk ketika seri 1-1 dengan Scotland, kemenangan 1-0 ke atas Moldova selain seri 1-1 dengan Hungary. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Saingan Euro 2008 lebih terbuka

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PERANG ‘olok-olok’ sudah berakhir dan kini pertarungan sebenar bermula ketika 16 finalis 2008 memulakan kempen untuk menentukan siapa yang bakal dinobatkan selaku barisan bola sepak terbaik di benua Eropah.

Barisan tumpuan biasa seperti juara dunia, Itali, finalis Piala Dunia 2006, Perancis, juara tiga kali, Jerman dan pencabar utama seperti Sepanyol dan Belanda semuanya hadir sebagai pilihan – tetapi hakikatnya, saingan kali ini jelas terbuka.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon percaya skuadnya memang berhak diangkat selaku pilihan Euro 2008, biarpun ketiadaan kapten, Fabio Cannavaro, awal minggu ini, mampu menjejaskan harapan menuruti jejak Perancis menambah gelaran Eropah kepada mahkota Piala Dunia seperti dilakukan pada 1998 dan 2000. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Penyokong England sokong Sepanyol, Belanda

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PENYOKONG England yang terpaksa menerima hakikat perit pasukan negara mereka tiada di Euro 2008, kini memberikan sokongan kepada negara yang mempunyai bintang yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Sepanyol menjadi pilihan.

Buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, England terpaksa melupakan aksi ketika kejohanan utama berlangsung tanpa kehadiran mereka.

Scotland, Wales dan Ireland Utara juga gagal layak, dan satu-satunya pasukan yang secara tradisi menjadi pilihan seterusnya untuk penyokong British – Republik Ireland – turut kecewa melayakkan diri ke pusingan akhir Euro. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Philipp Lahm sandaran Jerman

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PEMAIN pertahanan Jerman, Philipp Lahm mencetus imaginasi pasukan negaranya dengan jaringan pertama dalam laluan meraih tempat ketiga di Piala Dunia 2006 tetapi dia kini lebih berminat ke arah bicara bagaimana mahu menyekat pihak lawan ketika kempen Euro 2008 yang bermula hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu menyumbang satu gol ketiga Jerman menewaskan Costa Rica dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia yang lalu di laman sendiri, tetapi pada ketika ini dia menumpu kepada usaha mengekang penyerang Poland apabila membuka tirai perlawanan Kumpulan B di Klagenfurt, Austria, esok.

Jerman dilabel antara pasukan pilihan menjulang mahkota kejuaraan Eropah buat kali keempat untuk menambah koleksi trofi yang sudah dimenangi pada 1972, 1980 dan 1996. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »