Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for June 6th, 2008

Ljungberg kembali cergas hadapi perlawanan pembukaan

Posted by bolasepak on June 6, 2008

KAPTEN Sweden, Fredrik Ljungberg, berkata beliau sudah kembali ke tahap kecergasannya selepas mengalami kecederaan rusuk sehingga mencetuskan spekulasi dia tidak dapat beraksi dalam Euro 2008.

“Saya sudah 100 peratus sihat sekarang dan tidak sabar untuk kembali beraksi,” kata pemain tengah itu kepada pemberita selepas pasukannya berlatih buat kali pertama di pusat latihan di tepi tasik yang dihiasi Banjaran Alps.

Ljungberg, yang musimnya dipenuhi dengan kecederaan sewaktu bermain untuk West Ham United, dikeluarkan ketika perlawanan persahabatan menentang Ukraine Ahad lalu. Pasukannya tewas dalam saingan terbabit. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

EURO 2008: Itali berdepan tugas sukar

Posted by bolasepak on June 6, 2008

PEMAIN tengah kental Itali, Gennaro Gattuso cuba merendahkan harapan terhadap kemampuan skuad negaranya melakar gemilang pada saingan Euro 2008 di Austria dan Switzerland kali ini.

Tonggak AC Milan itu bertegas betapa kejohanan itu lebih sukar dimenangi berbanding Piala Dunia dan juara bertahan dunia itu tidak akan sama sekali mengambil mudah halangan yang menanti.

“Apabila bersiap untuk perlawanan, atau apabila turun ke padang, kita tidak boleh berfikir bahawa kami adalah juara dunia. Kami perlu perlu berjuang seperti dilakukan di Piala Dunia lalu. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Menjelang Euro 2008: Rusia catat kemenangan mudah

Posted by bolasepak on June 6, 2008

RUSSIA mengejar selepas ketinggalan sebelum menewaskan Lithuania 4-1 kelmarin dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum bermula Kejohanan Eropah.

Konstatin Zyryanov, Andrei Arshavin, Roman Pavluchenko dan Vladimir Bystrov masing-masing menjaringkan gol untuk mengatasi jaringan Mantas Savenas buat Lithuania pada pertengahan babak pertama.

Pasukan itu kemudiannya meninggalkan Jerman untuk ke pangkalan mereka di kawasan Alpine Austria, Leogang. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Sepanyol kekal rekod tanpa kalah

Posted by bolasepak on June 6, 2008

SEPANYOL kekal tanpa tewas selepas 16 perlawanan berturut-turut apabila mereka menewaskan Amerika Syarikat 1-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir untuk Kejohanan Eropah kelmarin.

Bagaimanapun ketika jaringan Xavi Hernandez pada minit ke-79 sangat menakjubkan, secara keseluruhan persembahan mereka tampak gementar dan tidak tersusun.

“Jika kami bermain dengan rentak yang sama ketika babak pertama, ia akan menjadi sukar. Kami tidak mampu mengasak,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones. “Dengan memiliki pemain di sayap, kami mampu lebih mengasak dan peluang akan datang, dan ketika itulah kami bermain permainan terbaik kami.” Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Euro 2008: Nistelrooy sedia tunjuk taring

Posted by bolasepak on June 6, 2008

RUUD van Nistelrooy mahu menjadi watak yang membintangi Euro 2008 supaya dia mampu memadamkan memori luka ketika Piala Dunia lalu yang didakwanya berpunca akibat apa yang berlaku di Manchester United.

Van Nistelrooy mengharungi tempoh aksi mengecewakan ketika Piala Dunia 2006 dan dikeluarkan dalam semua tiga perlawanan kumpulan Belanda sebelum digugurkan daripada kesebelasan utama ketika kekalahan pada peringkat 16 pasukan terakhir di tangan Portugal.

Penyerang Belanda itu yakin dia berdepan kesukaran di Jerman kerana krisis di United yang kemudiannya mendorongnya berpindah ke Real Madrid. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | Leave a Comment »

Ronaldo bakal ‘Raja Euro 2008′

Posted by bolasepak on June 6, 2008

KETIKA namanya sudah mula disebut-sebut selaku pemain terbaik bola sepak di planet ini, tidak menghairankan andai Cristiano Ronaldo bakal bergelar ‘raja Euro 2008′ apabila mengepalai cabaran Portugal.

Dengan ‘generasi emas’ dikepalai Luis Figo sudah pun tersisih, Ronaldo – pemain sayap lincah Manchester United – kini mengambil alih teraju selaku ketua kepada pasukan itu ketika pasukan negaranya itu berhak meraih label pilihan dalam aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2008 menentang Turki, awal pagi Ahad ini.

Berbekal sumbangan 41 gol musim lalu membantu United menang Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-juara Eropah, dia jelas sudah membentuk diri selaku pemain yang mampu mengubah perjalanan sesuatu perlawanan. Read the rest of this entry »

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »