Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sikap kurang sabar Nani undang padah

Posted by bolasepak on May 6, 2008

PEMAIN tengah Manchester United, Nani dikenakan denda sebanyak 60,000 pound (RM375,000) selepas terbabit dengan insiden pergaduhan di Old Trafford, Sabtu lalu.

Pada pertemuan antara United dan West Ham itu, Nani diperintah keluar padang pada babak pertama kerana dilihat sengaja menanduk ke arah muka Lucas Neill.

“Perlawanan tercemar kerana sikap tidak matang Nani. Dia dicabar pemain lawan dan membalas balik. Dia akan belajar daripada insiden tersebut.

“Saya tidak fikir pengadil mempunyai sebarang pilihan. Ia sudah jelas yang menyaksikan Nani bersalah,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

Sekalipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua, United masih mampu me- nguasai perlawanan yang berkesudahan skuad Red Devils itu menang 4-1.

Kini United hanya perlu menang pada perlawanan terakhir menentang Wiga di Stadium JJP bagi mengesahkan kejuaraan liga.

One Response to “Sikap kurang sabar Nani undang padah”

  1. ali maulana said

    that good nani is paid

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>