Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Real Madrid juara Liga Sepanyol

Posted by bolasepak on May 6, 2008

HAJAT Real Madrid merangkul gelaran juara Liga Sepanyol buat kali ke-31 akhirnya tercapai selepas kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Osasuna 2-1 semalam.

Real sebelum itu dilihat bakal mengalami kekalahan apabila Francisco Punal menjaringkan gol buat Osasuna menerusi sepakan penalti pada minit ke-83.

Namun, Real yang beraksi sepuluh pemain selepas Fabio Cannavaro dibuang padang, bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit terakhir menerusi Arjen Robben dan Gonzalo Higuain.

“Kami adalah pasukan juara dan kami berhak memenangi gelaran ini,” kata jurulatih Real, Bernd Schuster.

“Ia sesuatu yang hebat untuk melihat peminat kami meraikan kejayaan ini di Cibeles.”

Sementara itu, kapten, Raul Gonzalez akan menjulang trofi kejuaraan Khamis ini ketika Real berdepan Barcelona walaupun peminat Real terlebih dahulu meraikan kejayaan mereka di Cibeles semalam.

“Sudah pasti kami akan meraikan kejayaan penting ini di Cibeles,” kata penjaga gol Real, Iker Casillas.

Terdahulu, Barcelona menebus kehampaan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara dengan membelasah Valencia 6-0.

Ia dianggap perlawanan pemanas badan menjelang pertembungan klasik dengan Real di Santiago Bernabeu Khamis ini.

Barca kini masih ketinggalan empat mata di belakang kelab di tangga kedua, Villarreal yang menang 2-0 ke atas Getafe.

2 Responses to “Real Madrid juara Liga Sepanyol”

  1. Bryan Semboy said

    itu dulu..skrg power lah..ada ronaldo

  2. raul ronaldo said

    real madrid foreverrrrrrrrrrr………………

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>