Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Archive for May 6th, 2008

Ganjaran lumayan tunggu pemain Manchester United

Posted by bolasepak on May 6, 2008

SETIAP pemain Manchester United bakal menerima bonus 250,000 pound (RM1.55 juta) sekiranya mereka memenangi gelaran berganda musim ini.

Bonus itu telah dijanjikan sejak musim lalu sekiranya United memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini.

Ketika gelaran Liga Perdana England semakin hampir berada dalam genggaman, United juga akan berdepan Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Moscow 21 Mei ini. Read the rest of this entry »

Posted in Kelab | Leave a Comment »

Real Madrid juara Liga Sepanyol

Posted by bolasepak on May 6, 2008

HAJAT Real Madrid merangkul gelaran juara Liga Sepanyol buat kali ke-31 akhirnya tercapai selepas kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Osasuna 2-1 semalam.

Real sebelum itu dilihat bakal mengalami kekalahan apabila Francisco Punal menjaringkan gol buat Osasuna menerusi sepakan penalti pada minit ke-83. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Sepanyol | 2 Comments »

Sikap kurang sabar Nani undang padah

Posted by bolasepak on May 6, 2008

PEMAIN tengah Manchester United, Nani dikenakan denda sebanyak 60,000 pound (RM375,000) selepas terbabit dengan insiden pergaduhan di Old Trafford, Sabtu lalu.

Pada pertemuan antara United dan West Ham itu, Nani diperintah keluar padang pada babak pertama kerana dilihat sengaja menanduk ke arah muka Lucas Neill.

“Perlawanan tercemar kerana sikap tidak matang Nani. Dia dicabar pemain lawan dan membalas balik. Dia akan belajar daripada insiden tersebut. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | 1 Comment »

Perlawanan terakhir tentukan juara EPL

Posted by bolasepak on May 6, 2008

CHELSEA berjaya menangguhkan hajat Manchester United bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana England musim ini.

Skuad The Blues itu memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada aksi di St James Park, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan kedudukan carta Liga Perdana Inggeris kembali seimbang selepas United menjarakkan tiga mata di depan, dua hari lalu.

Keputusan malam tadi menyaksikan Chelsea kini berkongsi 84 mata dengan United ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan.

Begitupun, kelebihan tetap memihak kepada United berdasarkan perbezaan jaringan kedua-dua pasukan. Read the rest of this entry »

Posted in Liga Inggeris | Leave a Comment »